Jom Layan link-link dibawah nie..

Zamarul cari duit lebih semperna kedatangan org baru...





DENGAN wajah ekstra berseri, mukadimah bicara pelakon jelita, Diana Rafar kedengaran santai sahaja petang itu. Tidak seperti kebiasaan, kali ini, pemilik nama lengkap Adiana Abdul Rafar ingin berkongsi sebenar kegembiraan tentang diri yang hampir mencapai kesempurnaan sebagai seorang wanita.

"Terima kasih kepada pihak media yang datang sokong pelancaran drama bersiri, Ilusi. Kebetulan berjumpa anda hari ini, saya hendak beritahu, saya sedang mengandung lima bulan," kata Diana ringkas yang masih kelihatan anggun dengan pakaian serba hitam walaupun berbadan dua.

Mengambil masa sehingga usia kandungan mencecah lima bulan untuk membuka mulut berkongsi perkhabaran manis tersebut kepada umum, wanita berusia 28 tahun itu punya alasan sendiri - mengikut saranan orang tua agar tidak terlalu teruja sewaktu mengandung anak sulung.

"Serba salah juga saya. Awalnya, saya hendak merahsiakan terlebih dahulu perkara ini daripada pengetahuan umum. Cuma, keadaan perut semakin membesar ditambah peminat sebelum ini sering tanya bila saya hendak mengandung, jadi lebih baik saya bersikap jujur saja.

"Lantaran itu, saya bersyukur diberi kesempatan bertemu para wartawan pada acara ini. Sebab saya tidak tahu bila lagi dapat berjumpa dengan anda. Lagipun, tidak mungkin saya hendak menelefon mereka kerana hanya ingin bercakap tentang perkara ini," jawabnya yang tidak gemar cerita personal dijaja berbanding cerita kerjaya seninya.

Akui Diana, dia sendiri tidak menyedari dirinya hamil dua bulan pada waktu itu. Menyedari fizikal badan naik mendadak, pelakon drama berantai, Nenek Kebaya itu segera membuat pemeriksaan doktor sementelah sudah beberapa bulan haid tidak muncul.

"Alhamdulillah, saya disahkan mengandung. Begitupun, saya jenis manusia jahil tentang bab hamil walaupun ada adik-beradik sudah melalui pengalaman sama sebelum ini. Bayangkan, pelbagai perasaan datang dalam diri. Ironinya, saya terfikir cara hendak berjalan selepas ini dengan perut memboyot.

"Tetapi, kegusaran ini berjaya dihapuskan sedikit demi sedikit. Buat masa ini, saya tidak menghadapi sebarang alahan, muntah atau mengidam macam wanita hamil lain. Setakat ruam-ruam kecil, ia memang ada. Cuma tidak tahu bagaimana pula keadaan selepas kandungan ini melebihi lima bulan.

"Yang pasti, saya kena jaga kesihatan dengan sebaik mungkin. Cuma saya berdebar sikit untuk mengetahui jantina cahaya mata sulung ini beberapa hari lagi. Suami kalau boleh mahu bayi perempuan sebab dia sudah ada dua anak lelaki," jelas Diana yang mengalami kenaikan berat badan sebanyak sembilan kilogram berbanding berat asal sekadar 46 kilogram.


KASIH sayang Zamarul dan Diana kini diikat erat lagi dengan penantian bakal cahaya mata baru.


Mendirikan rumah tangga dengan bapa tunggal dan aktor berbakat besar, Zamarul Hisham pertengahan Mei 2009, Diana awal-awal lagi telah menjadi ibu segera kepada Izzat Haiqal, 11 dan Iqmal Haiqal, 8.

Perubahan Zamarul

Setelah menjalani fasa baru, tiada lebih membahagiakan Diana apabila mula terlihat kelainan pada diri si suami. Jauh benar perbezaannya sehingga dia menerima layanan lebih istimewa berbanding hari-hari sebelumnya.

"Bertuah rasa di hati lihat perubahan ketara suami. Dia kini lebih mengambil berat, penyayang dan menjaga setiap tutur kata agar tidak menyinggung perasaan saya yang sedang mengandung. Ia menunjukkan dia begitu menghargai saya dalam situasi sekarang," ungkap Diana yang mengambil vitamin, susu dan makanan berzat seperti disaran doktor.

Sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata perempuan, Zamarul, 38, yang turut membintangi drama bersiri, Ilusi seharusnya menjadi insan paling bahagia mendengar khabar Diana hamil selepas mereka sah diijabkabulkan sebagai suami isteri kira-kira setahun lalu.

"Siapa tidak gembira kalau isteri kita hamil. Masa dapat tahu Diana mengandung, saya amat bersyukur sehingga lupa diri sekejap gara-gara terlampau bahagia. Kalau ikut, saya ingin anak perempuan. Tetapi, tidaklah sampai terlalu taksub. Yang penting, kesihatan dua individu kesayangan saya ini dalam keadaan baik, ia sudah memadai.

"Paling menarik, saya mula ada tabiat basuh baju dua atau tiga kali sehari, bangun seawal pagi, mengemas katil dan tukar cadar. Kalau bab memasak, awal-awal lagi saya menyerah kalah. Sekarang, saya seperti suami mithali. Sampai ada waktu saya terfikir kerajinan diri. Sebelum ini, ada juga bantu Diana di rumah. Cuma tidak sekerap waktu dia sedang mengandung," jelas Zamarul dalam nada bersungguh-sungguh.

Ditatang istimewa

Selain suami menatang dirinya bagai minyak penuh, Diana yang berlakon dalam Ilusi turut menerima layanan istimewa sebagai pelakon utama drama daripada rumah penerbitan, Asia Media Content di bawah arahan Liza Ismail.


DIANA begitu berdebar dan teruja menanti cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup dengan Zamarul.


Apa tidaknya, selepas mengetahui Diana yang memegang karakter Liza hamil dalam tempoh beberapa minggu penggambaran, pihak produksi berusaha merombak semula skrip hampir 50 peratus mengikut kesesuaian dirinya pada waktu itu.

"Jangan risau, saya tetap akan habiskan penggambaran drama ini. Kalau ikut jadual, dalam dua minggu lagi ia boleh diselesaikan. Saya bernasib baik kerana pengarah dan penulis skrip, Nor Faznita Md. Nor amat memahami. Malah, di set penggambaran, saya dapat layanan khas daripada seluruh krew produksi.

"Kalau ikut skrip asal, saya yang ada kuasa telepati atau berkebolehan menyaksikan masa depan memang berkahwin dengan Rizal lakonan Ashraf Muslim. Cuma, tiada watak saya mengandung. Kini, semua sudah diubah dengan menyelit transisi saya daripada mendirikan rumah tangga sehingga hamil.

"Sebaik saja tamat, saya akan bercuti terus daripada berlakon. Saya ada terima tawaran berlakon. Tetapi saya tolak demi hendak beri sepenuh perhatian terhadap kandungan dan selepas melahirkan bayi ini nanti," ujar Diana yang terbiasa memilih watak sebelum melibatkan diri dengan sebarang projek drama atau filem baru.

Selain Diana, drama yang sudah ditayangkan sejak 21 Jun lalu itu turut dibarisi oleh Ryzal Jaafar, Baharudin Omar, Mahmud Ali Basha, Azhar Sulaiman, Liza Abdullah, Wan Elyas, Ika Nabila, Abby Abadi, Zamarul, Shahrulzaman dan Fikhree Bakar.

Pesta Gol


PERANCANG Korea Utara, Pak Nam-Chol (tengah) diasak pemain Portugal, Tiago (kanan) sambil diperhatikan oleh Miguel pada aksi semalam. Portugal menang 7-0.


CAPE TOWN – Portugal mengamuk. Tanpa ada rasa belas kasihan, mereka membelasah Korea Utara 7-0 pada aksi kedua Kumpulan G yang berlangsung dalam keadaan hujan malam tadi.

Ia sekali gus meletakkan Portugal sebelah kaki untuk layak ke pusingan kedua manakala perjuangan Korea Utara pada Piala Dunia 2010 sudah berakhir berakhir.

Dengan Brazil telah mengesahkan tempat ke pusingan kedua, Portugal yang kini mengumpul empat mata meninggalkan Ivory Coast dalam kedudukan cukup tipis untuk melayakkan diri.

Biarpun hanya mendahului 1-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Raul Meireles pada minit ke-29, Portugal terus garang menambah enam lagi gol pada babak kedua.

Namun, ia bukan tugas mudah bagi Portugal kerana pada babak pertama, Korea Utara turut mencipta beberapa peluang menerusi corak permainan serangan balas.

Suasana permainan bagaimanapun berubah terus setelah Portugal memperoleh tiga gol pantas pada awal separuh masa kedua.

Gol kedua Portugal dijaringkan oleh Simao Sabrosa pada minit ke-53 diikuti gol ketiga dan keempat masing-masing hasil jaringan Hugo Almeida (56) dan Tiago (60).

Pada minit ke-81, penyerang gantian Portugal, Liedson menambah gol kelima sebelum ketua pasukan, Cristiano Ronaldo akhirnya menamatkan kemarau gol antarabangsa sepanjang dua tahun dengan meledak gol keenam Portugal pada minit ke-87.

Tiago menjaringkan gol kedua peribadinya dan gol ketujuh Portugal pada minit ke-90 untuk menutup kemenangan penuh bergaya itu.

Sebelum sepak mula, jurulatih Portugal, Carlos Queiroz telah membuat empat pertukaran terhadap kesebelasan pemain yang terikat seri tanpa jaringan dengan Ivory Coast pada aksi sulung Portugal.

Tiago mengisi tempat Deco yang cedera manakala Simao, Almeida dan Miguel menggantikan Danny, Liedson dan Paulo Ferreira. – AFP

Isteri lari telanjang selepas ditendang suami



KULIM - Isteri beranak satu, berusia 28 tahun yang bekerja di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech, dekat sini lari keluar dari rumah dalam keadaan berbogel apabila dikejar dan dipukul suaminya berusia 30-an.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa dikatakan bertengkar dengan suaminya berkaitan masalah peribadi.

Seorang penduduk yang tidak mahu dikenali dan menyaksikan kejadian itu berkata, pasangan itu dikatakan berkahwin sejak 10 tahun lalu dan sering bergaduh.

Katanya, mangsa sering dipukul dan dicederakan setiap kali pasangan itu bergaduh dan sehingga kini, mangsa dikatakan tidak membuat sebarang laporan polis terhadap penderaan dialaminya kerana bimbang tindakan undang-undang diambil terhadap suaminya.

”Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, mangsa dikatakan bertengkar dengan suaminya dan berlari keluar daripada rumah dalam keadaan bertelanjang bulat selepas dipukul dan ditendang suaminya.

“Mangsa kemudiannya masuk ke rumah untuk memakai baju dan melarikan diri.

"Pasang ini memang selalu bergaduh. Mangsa pernah memaklumkan kepada jiran berdekatan bahawa dia akan dipukul suaminya setiap kali bergaduh,” katanya.

Mangsa bimbang dengan keselamatannya, melarikan diri ke rumah jiran berdekatan untuk mendapatkan perlindungan, bagaimanapun suaminya tetap mengekori mangsa.

Ketika berada dalam rumah jiran, suami mangsa lafazkan cerai talak satu kepadanya sebelum keluar.

Mangsa yang trauma dengan kejadian itu dinasihatkan jiran mendapatkan pengesahan status perkahwinan dan lafaz cerai yang dibuat suaminya.

”Suami mangsa sebelum ini pernah mendapat rawatan di pusat pemulihan dadah selama dua tahun dan dibebaskan beberapa tahun lalu.

"Suami mangsa tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan mungkin ini mendatang tekanan kepadanya," katanya.

Dipetik dari: http://www.sinarharian.com.my

Summer Break Vol.1


From the organisers of YOUTH'10... comes the craziest post festival party!

10 buses. 5 star hotel and private beach. Road trip. Beach party. Weekend getaway. Costs subsidised. A priceless experience on a student budget. Bring your friends and book your rooms before the 15th of June, 2010 to travel on 25th - 27th June 2010.

Believe it! http://summerbreak.com.my/

Dentyne ConfiDance

Hey guys and gals! Ever get that feeling where you want to let loose, and just get up and dance? Well, I’ve found the perfect outlet for you!

Check out the Dentyne ConfiDance Movement at www.myc.com.my/dentyneconfidance . For just RM 10, you get to join a 2 hour ‘Soul Groove’ dance training by Urban Groove worth RM100! Plus you get a groovy t-shirt and awesome Cadbury goodies to take home.

If you think you can bust a move, show off your talent at the Dentyne ConfiDance competition and boogey your way to winning prizes of up to RM20,000! All you need to do is submit a video of your team’s dance routine at the Dentyne ConfiDance website by 12 July 2010.

I’m going to grab my friends now and start planning a kick-ass routine. You should too!

Want to know more?? Click Here


KFC Snax

KFC Snax menawarkan pelbagai hadiah!


The KFC Snax portal gives Malaysian youths exclusive local content on fashion, music, games, and we can even earn Snax Points (SP) to redeem free KFC!

If you haven't seen it, prepare to be amazed. What a great move by a favourite fast food brand for Malaysian youths!

Untuk Maklumat lanjut.... Click sini.



Presiden yang bersederhana..


GAMBAR fail pada 2009 menunjukkan Jose Mujica bekerja di ladang bunga milik isterinya sebelum menjadi Presiden Uruguay.


MONTEVIDEO - Presiden baru Uruguay, Jose Mujica mungkin menjadi salah seorang pemimpin paling miskin apabila beliau mengisytiharkan harta kekayaan miliknya ialah sebuah kereta Volkswagen Beetle.

Kereta itu berusia 23 tahun dan bernilai kira-kira AS$1,900 (RM6,220).

Menurut deklarasi hartanya, bekas pemimpin gerila itu tidak mempunyai akaun bank dan aset lain. Manakala sebuah ladang bunga yang kecil pula diletakkan atas nama isterinya.

Pendapatan yang dilaporkan dalam deklarasi itu hanya gajinya sebagai Presiden iaitu kira-kira AS$11,000 (RM36,014) sebulan.

Presiden tersebut memberikan 20 peratus daripada pendapatan bulanan itu kepada pergerakan politiknya.

Beliau yang berumur 75 tahun menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan.

Gaya hidup Mujica berbeza dengan Naib Presidennya, Danilo Astori yang mengisytiharkan kekayaannya sebanyak AS$250,000 (RM818,499). Ini termasuk sebuah rumah dan kereta yang bernilai 10 kali ganda daripada kereta Volkswagen Beetle tersebut. - AP


Dipetik dari: http://kosmo.com.my

Kejam! Tentera Yahudi bertindak lagi


REUTERS KAPAL tentera laut Israel dilihat mendekati MV Rachel Corrie sebelum menawan kapal berkenaan kira-kira 35 batu nautika dari Gaza.


KUALA LUMPUR – MV Rachel Corrie, kapal terakhir misi bantuan kemanusiaan ke kawasan Gaza yang dikepung Israel, bersama sekumpulan aktivis damai termasuk enam dari Malaysia, telah dirampas oleh Tentera Laut Israel pada kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia) semalam.

Berbeza dengan insiden rampasan kapal Mavi Marmara Isnin lalu yang mengorbankan sembilan aktivis, proses menawan MV Rachel Corrie kira-kira 35 batu nautika dari Gaza itu berlaku tanpa keganasan dan tiada kecederaan.


Dipetik dari: http://kosmo.com.my

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kejam betul Yahudi laknatullah nie... macam setan....Dunia hanya dapat melihat dan tulikan telinga dgn kekejaman Israel nie...maner POLIS DUNIA???? KENAPA AMERIKA diam jea...kalo dulu sebelum serang AFGHANISTAN bukan maen kata TALIBAN nie terrorist laaa...bla..bla..bla...tapi bila 'rakan sendiri' buat kekejaman ala2 terrorist x pulak diserang nya... BODOH punya AMERIKA ... pegi mati BARACK OBAMA!!!

Terkejut temui DATUK lintah!!!



MOHD. IZMAN mengukur panjang lintah yang dijumpai dalam parit Kampung Semandong, Padang Besar semalam.


PADANG BESAR - Penyelia tapak binaan, Mohd. Izman Ismail sudah lali bekerja dalam parit tetapi apa yang dialaminya di Semandong, dekat sini kelmarin pasti menjadikan dia lebih berhati-hati selepas ini.

Sewaktu turun ke dalam air bagi memeriksa kerja pemasangan parit tengah hari kelmarin, dia terdengar air berkocak dan terkejut besar apabila ternampak seekor lintah sebesar tapak tangan mengengsot ke arahnya.

"Saya ingatkan ikan, tapi lintah yang jauh lebih besar daripada lintah kerbau yang biasa saya lihat," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dipetik dari : http://kosmo.com.my

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini bukan bapak lintah daa nie...nie daa kira pangkat datuk lintah...hahahahaha

Rini tinggalkan Radio Era demi Nyanyian??


NEKAD meninggalkan kerjaya sebagai deejay radio Era, Rini mahu tampil agresif sebagai penyanyi.


BULAT hati Rini meninggalkan dunia penyampaian radio April lalu. Bukan tidak mahu menggendong tuah yang datang bergolek setelah keluar daripada Akademi Fantasia musim ketujuh, namun Zulzafrini Zulkifli mempunyai sebab untuk tidak lagi bergelar deejay radio Era.

Di mata gadis manis bertudung berusia 26 tahun ini ada lebih pancaran apabila bercerita soal nyanyian.

Dia akur dan jujur menyatakan semasa bekerja di stesen radio Era, single bertajuk Mainan Jiwa nyanyiannya tidak dimainkan di radio-radio lain dan dia tidak mahu situasi itu berterusan.

"Saya keluar secara baik daripada Era. Kontrak saya sebagai deejay selesai dan saya ada sebab kenapa tidak menyambungnya semula.

"Era banyak memberi saya pengalaman yang baik dalam hidup juga platform kepada karier saya. Tapi saya mahu serius bergelar penyanyi.

"Saya rasa sedikit merugikan apabila lagu sebaik Mainan Jiwa yang ditulis oleh Aidit Alfian dan lirik oleh Ad Samad tidak diperdengarkan secara menyeluruh kepada umum.

"Kini setelah meninggalkan status deejay Era, saya mahu dilihat sebagai penyanyi," ujarnya serius dalam kelajuan dia berbicara dan tidak hairanlah kenapa dia pernah bergelar deejay.

Keyakinan itu ditambah lagi dengan dorongan orang-orang kuat di belakangnya.

Kakitangan produksi Indigital yang merangka perjalanan Rini untuk bergelar penyanyi membuatkan adrenalinnya lebih memuncak.

Dia diberikan informasi dan asas dunia hiburan yang sebenar.

Bagi Rini ini bukan lagi masa untuk bermain-main dengan waktu, dia harus terus melangkah membuka kekudanya agar tidak kekok di gelanggang nyanyian.

"Ini sebenarnya memang minat saya yang utama. Saya tidak mahu dilihat sebagai penyanyi tangkap muat.

"Sekarang selain mempromosikan lagu Mainan Jiwa ini di setiap stesen radio dan media, saya turut mengumpulkan material untuk album saya," ujarnya.

Melihatkan hasil kutipan nada sambung peribadi (Ring Back Tone) melalui single itu, ia turut mendorong Rini supaya serius menyanyi.

"Bukan kerana duit semata-mata tetapi saya dapat lihat sendiri sebenarnya lagu saya dapat diterima umum," ujarnya puas hati.

Kembar kepada Zulzafrina ini mempunyai segunung harapan. Dia mahu jambatan perkenalan status baru itu melekat di hati umum.

Tinggallah kenangan bermalam di konti deejay, kini dia mahu tangannya pantas memegang mikrofon dan menyalurkan vokalnya ke pendengaran khalayak.

Realitinya, dia memang mahu bergelar penyanyi.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my

Aishah tunggu kelahiran sulung




ISTERI kepada Sheikh Abdul Shanaz ini sedang menunggu waktu untuk melahirkan cahaya hati sulungnya. Aishah Sinclair yang bakal muncul melalui filem Kapoww bercerita tentang debaran yang semakin hari semakin kencang di dadanya.

Bakal melahirkan bayi sulungnya Ogos ini, Aishah Jennifer Mohamed Sinclair masih tetap aktif bekerja bagi memastikan proses kelahiran kelak senang dan lancar. Itu adalah antara pesanan orang tua-tua yang diambil dan diikutinya. Wanita berusia 29 tahun ini turut mengambil berat setiap pesanan ibunya yang sama-sama berdebar menantikan kelahiran si cucu.

"Ibu berpesan supaya jaga pemakanan dan jangan ambil makanan segera. Sesibuk mana sekali pun, saya akan pastikan diet yang diambil seimbang," ujar Aishah tentang nasihat ibunya.

Sedang hamil tujuh bulan, Aishah serta keluarga turut berkongsi kegembiraan apabila abangnya, Ashraff Sinclair bakal bergelar bapa kelak. Isterinya yang merupakan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari turut mengesahkan kehamilannya bulan lalu.

"Ini merupakan kegembiraan berganda buat keluarga saya. Selebihnya saya tidak mahu komen tentang hal privasi Ashraff," ujarnya yang bercadang mengambil program senaman pilates selepas bersalin kelak.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my

Rossa-Pentas ratu cinta




SELAYAKNYA Sri Rossa Roslaina Handiyani menerima jolokan Ratu Cinta Seberang kerana majoriti lagu yang dihamburkan kepada lebih 4,000 peminatnya di Stadium Putra, Bukit Jalil pada malam 29 Mei lalu adalah bait-bait cinta dan kasih sayang. 'Pencinta Rossa' dapat merasai kelunakan suara dan menatap penyanyi comel itu.

Tubuh Rossa yang genit itu melontarkan vokal yang mantap lagi merdu. Dia beraksi manja di setiap sudut pentas, membikin hati penonton tercuit walau hanya dengan ketawa kecilnya. Konsert itu turut disaksikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga pemuja penyanyi kelahiran Sumedang, Indonesia itu.

Air mata dan gelak tawa berselang seli menandakan konsert yang dibawakan syarikat Lima Duabelas itu terangkum segala rasa. Tak dapat disangkal keperibadian dan kisah silam Rossa terbawa-bawa dalam minda peminat. Rossa seakan melagukan kisah hidup yang ada cubitan rasa sedih, duka, ketawa dan nakal.

Cantik bertukar busana rona merah, coklat, hitam dan putih, Rossa bercerita lewat 20 buah lagu termasuk Tegar, Ayat-ayat Cinta, Aku Bukan Untukmu dan Pudar.

Tidak ketinggalan bersatu pentas bersama rakan senegaranya, kumpulan ST 12 dan Ungu. Pasha, vokalis 'duda keren' wajib melantunkan vokal bersama Rossa lewat lagu hit mereka, Terlanjur Cinta.

Lebih menambahkan kemeriahan apabila muncul sebelumnya si jejaka Malaysia dengan penuh emosi, Aizat bergandingan bersama Rossa menyanyikan lagu hit Hanya Kau Yang Mampu.

Jujurnya kemunculan Aizat menambahkan getar malam itu. Hanya berdiri namun jejaka yang kini popular menerusi lagu Susun Silang Kata itu mampu memberikan getaran kepada penonton. Aizat pilihan duet yang tepat untuk Rossa dan umum merasainya.


KOLABORASI dua negara antara Aizat dan Rossa membuahkan jeritan para penoton yang membanjiri Stadium Putra.


Sayangnya cela malam itu tercalit pada hiasan pentas yang kurang setara dengan penyusunan muzik hebat Yovie Widianto. Rasanya pentas dan pencahayaan terlihat biasa dan menenggelamkan sedikit rasa eksklusif malam tersebut.

Namun, segalanya dapat ditutupi dengan pemilihan dan penyusunan lagu yang hebat bersama orkestra. Tidak ketinggalan kemunculan kumpulan koir anak-anak Permata Seni di bawah didikan Syafinaz Selamat menambahkan rasa genit malam tersebut.

Anak-anak penuh bakat seni itu menyanyi girang berkongsi pentas dengan seorang diva Indonesia.

Itulah mimpi Rossa sebagai anak seni. Konsert Melodi Cinta Rossa adalah realiti kegembiraannya atas air mata yang dulu pernah tumpah. Ia tanda ketabahan seorang wanita bernama Rossa.


Dipetik dari: http://kosmo.com.my

Budak 2 tahun merokok dirawat





JAKARTA - Seorang budak dua tahun yang menghisap 40 batang rokok sehari, Ardi Rizal (gambar) kini menerima rawatan untuk menghapuskan ketagihan merokok, kata Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia, Arist Merdeka Sirait semalam.

Ardi merokok semasa dia berumur 18 bulan. Imej dia menghisap rokok telah disiarkan di stesen televisyen antarabangsa selepas media tempatan melaporkan berita mengenainya.

Menurut Arist, budak itu kini berada di bawah jagaan pihak suruhanjaya sejak lewat bulan lalu dan sedang menjalani terapi psikologi.

"Kami berusaha untuk mengurangkan jumlah rokok yang dihisapnya dari 40 kepada 20 batang sehari," katanya.

"Kami membuatkan dia sibuk dengan aktiviti seperti belajar, bermain dan mengikuti trip rekreasi. Namun, adalah sukar untuk mengurangkan ketagihan merokok. Ia mengambil masa," tambahnya.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bangang punya mak bapak dia nie...bodoh tahap bangang.....

Ayu Raudhah IQ rendah?





WAJAH nan cantik dan sedap mata memandang memang senang untuk dijadikan penyeri produk mahupun jurucakap yang mempromosikan sesuatu jenama.

Tuah badan gadis manis setara namanya, Ayu Raudhah Che Wan, 26, menjadi pilihan pengasas produk Giena Skincare, Beauty Arena Sdn. Bhd., Nor Azizan Ghazali.

Wajahnya yang ayu mendapat perhatian lantas dilantik sebagai duta produk kecantikan Giena Skincare dan Francais Beauty Palace.

Majlis menandatangani kontrak tersebut telah diadakan di The Saujana, Subang pada 11 Mei 2009 lalu.

Tiada angin, tiada ribut timbul cerita yang menyatakan khidmat pelakon yang pernah membintangi siri popular Nur Kasih itu ditamatkan gara-gara gagal berkomunikasi dengan baik.

Malah, timbul isu bahawa pelakon muda ini gagal memberikan informasi lengkap tentang produk seolah-olah membayangkan tahap pemikirannya sememangnya rendah.

Sensasi Bintang menghubungi Ayu dan bertanyakan tentang isu 'bimbo' yang dikaitkan dengan dirinya.

Dia menjawab dengan tenang dan penuh ketawa mesra. Malah, sempat bercerita tentang perkembangan terbaru dirinya.

Khabarnya anda baru pulang daripada mengerjakan umrah. Bagaimana pengalaman di sana?

Ayu dan kakak, Rozita telah selamat pulang pada 8 Mei lalu setelah 13 hari mengerjakan umrah.

Ayu rasa seronok dan teruja dapat mengerjakan ibadah di sana. Sempat juga Ayu berdoa agar kejayaan sentiasa datang dalam hidup Ayu.

Setelah Nur Kasih, khabarnya akan muncul lagi dalam sebuah drama yang memaparkan anda sebagai gadis bertudung. Selesa dengan karakter-karakter baik ini?

Ayu terlibat dalam penggambaran drama bersiri arahan Feroz Kadir, Janji Kekasih untuk slot Zehra di TV3.

Dalam siri yang dibintangi oleh Jue Aziz, Fezrol Khan dan Almy Nadia itu, Ayu membawakan watak Alyah yang menuntut Ayu bertudung.

Satu sisi positif, bila Ayu diberikan watak bertudung, kuranglah kontroversi ke atas diri Ayu dan khalayak nampak Ayu tampil dengan karakter sebegitu.

Dalam masa yang sama, Ayu berharap akan mendapat watak lain yang tidak stereotaip.

Bagaimana pula dengan hubungan cinta? Ramai yang tertanya-tanya status anda bersama pemain bola sepak Zaquan Adha?

Alhamdulillah, setakat ini hubungan kami berjalan dengan baik malah semakin rapat. Tapi jujur Ayu katakan yang kami belum ada perancangan untuk bertunang atau kahwin.

Ayu sudah pun bertemu dengan keluarganya buat kali pertama sebelum Ayu pergi ke Mekah. Malah, pulang ke Malaysia, Ayu turut berjumpa sekali lagi untuk memberikan ole-ole yang Ayu belikan di sana.

Kononnya kontrak selaku duta produk Giena Skincare Ayu Raudah dan Francais Beauty Palace sudah ditamatkan. Benarkah?

Sebenarnya dari awal tahun lagi kontrak itu sudah tamat dan tidak disambung atas kesilapan teknikal.

Mungkin boleh ceritakan masalah teknikal yang timbul tersebut?

Saya kini menjadi duta bagi produk Sinari Kolagen. Jadi saya tidak boleh menyambung kontrak saya yang sudah tamat bersama Giena. Itu sahaja.

Ada yang menyatakan kontrak tidak disambung ekoran pihak penaja tidak berpuas hati dengan prestasi anda?

Kalau mahu cakap tentang disiplin, Ayu sentiasa hadir ke sesi penggambaran mahupun promosi yang telah disusun untuk Ayu.

Malah, Ayu sentiasa kemas kini jadual Ayu dan tidak pernah gagal untuk menghadirkan diri. Sampai sekarang sebenarnya, Ayu masih berhubung baik dengan mereka walaupun sudah tamat kontrak.

Sejauh mana pula kebenaran yang mengatakan anda gagal bertindak sebagai jurucakap yang baik. Ada tak kaitan dengan pemahaman yang rendah terhadap produk tersebut?

Ayu sentiasa memberikan jawapan berdasarkan pemahaman Ayu terhadap produk tersebut. Ayu cakap apa yang Ayu tahu dan tidak faham kenapa timbul cerita sebegini.

Mungkin ada yang tidak berpuas hati tetapi hingga kini hubungan Ayu dan Puan Nor Azizan Ghazali iaitu pengasas produk berjalan baik dan dia tidak pernah cakap apa-apa tentang kurangnya pemahaman Ayu terhadap produk tersebut.

Apa komen anda bila umum sentiasa mahu tahu akan kisah kakak Ayu, Rozita Che Wan dan tertanya-tanya tentang persaraan dirinya daripada dunia seni serta pilihan bakal suaminya yang dikatakan menyerupai Akshay Kumar?

Ayu sentiasa menyokong apa sahaja jalan yang Kak Ta (Rozita) pilih. Ayu yakin dia akan ambil jalan yang terbaik untuk dirinya.

Kalau dia mahu bersara dan kahwin, itu pilihan dia dan Ayu sebagai adik sentiasa menyokongnya daripada belakang.


Dipetik dari : http://kosmo.com.my

Asmaradana Kasyah, Ayu & Azmi





Di dunia, jarang sesebuah novel digarap baik menjadi sebuah filem. Jika ada, bilangannya terlalu minoriti. Namun itu tidak bermakna idea sutradara tidak boleh menandingi idea novelis, sebaliknya imaginasi pembaca telah membuat kebanyakan visual dalam fikiran tidak selari dengan apa yang diterjemahkan.

Bagi novelis Ahadiat Akashah, penantian 25 tahun untuk melihat naskhah ulungnya, Lagenda Budak Setan divisualkan berbaloi.

Lagenda Budak Setan secara harafiahnya berkisar tentang cinta kudus lelaki bernama Kasyah yang digelar 'setan' kerana kenakalannya di sekolah terhadap gadis bernama Ayu.

Cinta mereka bagaimanapun berhadapan pelbagai dugaan sehingga Ayu berkahwin dengan Azmi dan kemudian kemalangan sehingga terpaksa menukar wajah. Kasyah masih setia meladeninya.

Kedengaran jalan ceritanya sebagai cinta yang 'memenatkan'. Namun apabila ia divisualkan, Ayu di tangan Lisa Surihani, Kasyah di tangan Farid Kamil dan Azmi di tangan Que Haidar bagai mempunyai roh tersendiri.

Jika bukan tiga anak seni ini yang membawakan tiga karakter penting naskhah ini, barangkali ia akan menjadi sebuah cinta melankolik yang cukup tipikal dan memualkan.

Selaku penerbit dan pengarah, Sharad Sharan telah melakukan pemilihan yang bijak. Secara total, filem yang bakal menyerang pawagam esok hari dengan tayangan perdananya ini begitu memuaskan.

Khalayak tidak akan dihidangkan dengan sebuah naskhah tipikal. Ya, ia sebuah kisah cinta yang begitu melankolik. Realistiknya terkadang lari dari landasan, namun bagi sesiapa yang membesar dengan membaca novel hebat Budak Setan, anda akan mengetahui apa yang divisualkan oleh Sharad dan produksinya sampai tepat kepada audiens.

Sekurang-kurangnya 70 peratus filem ini divisualkan dengan baik berdasarkan novel setebal 500 muka surat ini.


BARISAN pelakon dan produksi Lagenda Budak Setan bersedia untuk tayangan filem ini bermula esok.


Selaku teraju utama filem ini mengaku, membawa karakter Kasyah adalah satu tuntutan yang agak 'mengerikan' dirinya. Apatah lagi apabila mengenangkan Kasyah adalah karakter imaginasi banyak remaja lelaki - nakal dan pintar. Sementelah impak Kasyah dalam kehidupan pembaca novel ini cukup besar.

"Tapi Alhamdulillah, saya rasa saya telah membawakan karakter ini dengan baik. Saya akui, saya tidak pernah membawa novel ini sehingga saya dilamar untuk berlakon dalam filem ini.

"Kemudian saya baru mula membaca dan apabila mendapat skrip, saya tidak lagi mengikut aturan skrip dengan banyak. Sebaliknya saya merujuk kepada novel ini untuk mendalami Kasyah," katanya yang ditemui usai majlis pratonton filem tersebut baru-baru ini.

Menurut Farid yang menganggap pemilihan dia dan Lisa adalah pemilihan 'bijak' dan 'selamat' memandangkan mereka bukan pasangan asing di layar kaca mahu pun filem, sifat kudus dan pendamba setia Kasyah bukan cermin bagi diri seorang Farid Kamil.

Tersenyum dan beberapa kali mengangguk memahami soalan, kata Farid ringkas: "Saya tidak akan membuang masa menanti sesuatu perkara seperti ini (cinta)."


TERAJU utama. Dari kiri: Lisa Surihani, Farid Kamil dan Shiqin Kamal.


Sementara bagi Lisa Surihani yang menunjukkan prestasi lakonan memberangsangkan malah terlihat lebih berani dalam beberapa adegan romantis bersama Farid, terlibat dalam produksi ini adalah satu penghormatan baginya.

Sudah terbiasa berdamping dengan Farid, dia masih kekok untuk 'dipeluk cium' aktor tersebut. Namun sebagai seorang pelakon profesional, dia masih membataskan dirinya dalam hal-hal yang akan mengundang sensitiviti khalayak.

"Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan membawa watak Ayu dan terlibat dalam projek besar ini. Berlakon dengan Farid juga tidak memberi saya masalah memandangkan kami sudah biasa berganding bersama," katanya.

Ahadiat puas hati

Mahu melihat persepsi pemilik naskhah ini, Ahadiat Akashah secara keseluruhan berkata dia amat berpuas hati dengan kerja Sharad. Malah tanpa selindung, Ahadiat turut menyatakan penantian 25 tahunnya berbaloi.

"Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan Lagenda Budak Setan versi filem. Saya rasa saya tidak salah menyerahkan kepercayaan kepada Sharad untuk merealisasikannya dalam bentuk filem.


LAKONAN Que Haidar sebagai Azmi yang terlalu mencintai Ayu (Lisa Surihani) tetapi sanggup menyakiti wanita itu cukup mengesankan.


"Saya juga cukup berterima kasih dengan semua tenaga produksi dan barisan pelakon yang menjayakan filem ini," ujar Akashah yang tidak turun ke lokasi penggambaran kerana tidak mahu menganggu kreativiti Sharad menyiapkan naskhahnya dalam bentuk filem.

Malah sewaktu ditanya tentang perbandingan filem saga romantik, Twillight dengan Lagenda Budak Setan, Ahadiat pantas menjawab: "Saya rasa Lagenda Budak Setan lebih hebat daripada saga Twillight. Saya fikir, inilah saga cinta yang boleh dijadikan kisah terbaik di Malaysia, Insya-Allah," kata Ahadiat penuh gembira.

Bagi Sharad yang sebelum ini mempunyai portfolio sebagai pengarah yang dikenali mempunyai sulaman Bollywood, dia memandang Lagenda Budak Setan sebagai naskhah wajib divisualkan kerana impaknya dalam dunia penulisan.

Walaupun tidak mengetahui kisah novel ini sebelum ini, dia mengambil risiko untuk mengadaptasi novel ini dalam sebuah filem dengan baik.

"Saya melihat nilai di dalam novel ini baik kalau diterjemahkan dalam sebuah filem. Selepas berbincang dengan Ahadiat dan memilih pelakon, walaupun pada mulanya saya agak berdebar untuk mengarahkannya, tapi apabila kami memulakan produksi, kerjasama semua pihak telah membuatkan filem ini sukses," katanya tentang filem dengan bajet RM1.6 juta ini.


Sumber dari : http://kosmo.com.my

Pak Nil lawat SKSS





BIAR peluh membasahi pipi dan matahari berada tegak di atas kepala, itu bukan suatu masalah besar buat pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Serdang (SKSS), di Selangor, untuk tetap berdiri menanti kedatangan idola mereka yang juga pelakon, pengacara dan penyampai radio terkenal iaitu Aznil Nawawi.

Terdiri daripada pelajar darjah satu hingga darjah enam, mereka semua berasa teruja apabila Aznil atau mesra disapa Pak Nil yang selama ini hanya ditonton di kaca televisyen dan suaranya hanya kedengaran di corong radio benar-benar berdiri di depan mata mereka.

Lebih bermakna kedatangan Pak Nil adalah bersempena siri promosi kempen ReadMalaysia 2010, sementelah dia dipilih menjadi duta kempen tersebut dan SKSS menjadi sekolah pertama terpilih dalam siri promosi itu.

"Saya rasa diberi tanggungjawab besar apabila dipilih jadi duta kempen ini. Ini kerana budaya membaca tidak pernah menjadi budaya masyarakat Malaysia.

"Oleh sebab itu, kita harus bentuk budaya ini sejak mereka kecil lagi. Selain bagus untuk pelajaran mereka, membaca juga menjadikan mereka seorang berani dalam meluahkan pendapat kerana mereka mempunyai ilmu," ujarnya pada majlis sidang media.

Tambahnya lagi yang menggemari buku motivasi, dilantik sebagai duta sebuah kempen yang memberi input positif terhadap perkembangan rakyat Malaysia adalah satu tanggungjawab yang besar.

Bahkan, dia merasakan dirinya lebih dihargai apabila dipilih menjadi duta 'ilmuan' kerana pemilihan dilakukan bukan berdasarkan populariti sebaliknya pencapaian, latar belakang pendidikan dan kepercayaan pihak penganjur terhadap kredibiliti Aznil.

Duda berusia 48 tahun itu memberitahu, dia pernah mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan menebusnya kembali dengan keputusan cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

"Seorang guru saya memberitahu, untuk lulus dengan cemerlang sesebuah mata pelajaran saya harus membaca dari kulit depan ke kulit belakang sebanyak 40 kali.

"Syukur, apabila saya mengikut nasihatnya saya mendapat keputusan cemerlang. Di sini saya ingin tekankan membaca sangat penting untuk menambah ilmu dan meningkatkan diri seseorang ke tahap yang lebih tinggi. Nasihat saya, rajin-rajinlah baca buku.

"Purata rakyat Malaysia hanya baca dua buah buku setahun, saya harap jumlah buku itu akan bertambah ke angka yang lebih besar pada tahun akan datang" ujarnya yang memupukkan minat membaca kepada dua orang anaknya.

Petua Aznil, adalah lebih mudah untuk seseorang membaca sesuatu perkara yang diminatinya. Contohnya anak-anak lebih berminat pada komik atau kartun dan remaja perempuan lebih pada novel cinta.

"Kalau kita masuk ke kedai buku ada beberapa bahagian yang dibahagikan mengikut genre buku dan saya rasakan cukup selesa untuk seisi keluarga.

"Begitu juga dengan pameran buku ReadMalaysia 2010 yang mempunyai 500 gerai buku, bermacam-macam genre ada untuk segala peringkat umur ada di situ," jelas pengacara program Jangan Lupa Lirik itu lagi.

Dalam masa yang sama, Aznil juga sempat mengadakan kuiz buat pelajar SKSS seperti pertandingan mengeja dan membaca.


AZNIL berkongsi petua bagaimana untuk lulus cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran.


Suasana yang pada mulanya tenang bertukar riuh apabila para pelajar berlumba-lumba mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang diajukan Aznil kerana mereka bukan sahaja mendapat hadiah daripada pihak penganjur tetapi juga wang sagu hati pemberian peribadi daripada Aznil.

"Seronok dengan budak-budak sebab mereka jujur. Alhamdulillah, saya bersyukur pada rezeki yang ada. Rezeki yang saya miliki saya kongsi bersama dengan peminat cilik saya.

"Bila saya buat mana-mana persembahan atau siri promosi saya akan beri hadiah berupa wang ringgit kepada mereka menerusi kaedah pertandingan.

"Siapa berani ke depan dialah yang dapat. Bukan apa sesekali sebagai orang dewasa kita kena sogok sikit budak-budak ini supaya mereka berusaha, berani dan rajin," ceritanya lagi.

Menurut wakil pihak penganjur Mines Event Management Sdn. Bhd., Chang Pui Ei, siri promosi hanya dibuat permulaan hanya SKSS dan mungkin akan diperluaskan ke sekolah-sekolah lain pada masa depan.

"Sekarang, kami hanya ke sekolah ini, kalau ada peluang kami tidak keberatan untuk buat promosi dan bekerjasama dengan sekolah lain pula," ujarnya.

Bercakap tentang pemilihan Aznil sebagai duta kempen, Pui Ei menjelaskan pihaknya telah membuat penelitian dan kajian terlebih dahulu.

Berdasarkan kebolehan dan kredibiliti, pihaknya yakin Aznil mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik.

"Dia bukan sahaja popular di kalangan orang dewasa tetapi juga dengan kanak-kanak menerusi program Tom Tom Bak dan Macam-Macam Aznil," katanya.

Kempen ReadMalaysia 2010 yang menyasarkan 400,000 pengunjung merupakan satu acara pameran buku secara besar-besaran yang diadakan bermula 4 Jun hingga 13 Jun, dari pukul 11 pagi hingga 10 malam di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MIECC), Mines Resort City yang mana Kosmo! merupakan akhbar rasmi acara itu.

Pelbagai genre buku terdapat di sana, malah beberapa artis terkenal juga bakal hadir untuk memeriahkan lagi acara itu. Aznil akan berada di MIECC pada majlis pembukan acara itu pada 4 Jun dan 5 Jun pada pukul 3 petang.

"Saya juga akan berkunjung ke MIECC daripada semasa ke semasa setiap hari apabila saya ada kelapangan," kata Aznil.


Sumber dari: http://kosmo.com.my

Model dipenjara kerana benarkan tubuhnya diraba




ROM - Model seksi majalah lucah Playboy, Brigitta Bulgari dihukum penjara selepas didapati membenarkan remaja sekolah berumur 15 tahun meraba-raba dirinya dalam satu persembahan, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang hakim Itali mereman gadis berambut perang yang berusia 27 dan berketurunan Hungary itu selepas dia melihat rakaman video telefon bimbit mengenai tarian erotik tersebut.

Rakaman itu didakwa menunjukkan beberapa orang remaja menyentuh punggung model tersebut dalam satu persembahan erotik.

Hakim Giuiliano Mignini menolak satu permohonan ikat jamin dengan berkata: "Saya terfikir risiko sama ada dia akan berhubung dengan remaja tersebut semula selepas ini.

"Saya berpendapat tindakan menghukum Brigitta di penjara buat sementara waktu merupakan tindakan yang betul," ujarnya.

Model majalah lucah itu disabitkan dengan kesalahan melakukan persembahan tidak senonoh di hadapan remaja di bawah umur.

Namun peguam bela model seksi itu, Bruno Oberta dengan marah berkata: "Saya berpendapat hakim tersebut terlalu bias terhadap wanita seksi. - Agensi


Sumber dari: http://kosmo.com.my/

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

cisss....

LAGI Bayi dibuang!!!



ANGGOTA polis memeriksa mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat ketika dijumpai di Damansara semalam.


PETALING JAYA - Lagi kes pembuangan bayi. Kali ini melibatkan bayi lelaki yang mayatnya ditemui di tepi Jalan SS22/48 berhampiran Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya di sini semalam.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 6.15 petang ketika pulang dari kerja sebelum memaklumkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati, bayi itu ditemui dalam keadaan tidak berbalut dengan kain mahupun plastik.

"Bayi lelaki itu dipercayai dilahirkan tidak lebih dari tiga jam lalu kerana masih terdapat kesan darah pada badannya. Polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui jika terdapat kecederaan lain pada bayi itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.


Sumber dari: http://kosmo.com.my

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts