My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Anang, Syahrini saling memilih




ADA adegan usik-mengusik pada lembaran temu bual kali ini. Bukan antara penulis dengan artis, sebaliknya antara Anang dan Syahrini yang lebih gemar memerli manja sambil mengusik dengan kata-kata yang hanya mereka fahami.

Di sebalik usikan penambah mesra itu, mereka melemparkan pujian sesama sendiri.

Lirik mata sepertinya menghuraikan sebenarnya antara mereka sudah banyak persefahaman dan bukan hanya berantaian di kombinasi suara.

Menyaksikan ruang keakraban pasangan duet baru dari seberang ini, mata sesiapa pun mudah membaca. Persis ada lirik-lirik yang mahukan kesendirian agar notanya hanya dihayati dua jiwa.

Sebagai orang luar, apa jua pengakuan yang diluncurkan, itulah penjelasan takrifan kisah lain di sebalik hubungan yang mahu dicanang bersandar profesionalisme itu.

Untuk Syahrini, penyanyi kelahiran Bogor, ini adalah kali pertama bertemu mata dengan khalayak Malaysia untuk hasil karyanya.

Sebelum ini dia hanya datang sekadar berhibur dan menghabiskan masa cuti, walaupun sebenarnya dia sudah bergelar penyanyi sejak dua tahun lepas. Syahrini telah menghasilkan single Bo'ong pada tahun 2008.

Di Indonesia, sisi-sisi peribadi dan karier Syahrini sedang mencuri perhatian. Mencelah jadi wanita baru di sisi Anang yang masih segar kisah bercerai kasih dengan Kris Dayanti, satu kilat yang pantas memancar nama Syahrini ke mata media.


SYAHRINI dilihat punya masa depan cerah bergelar penyanyi besar jika berkerja keras dan fokus dengan karier.


Memuja

Selain bisa daripada melodi Jangan Memilih Aku, ketaranya gosip cinta bersama duda popular itu yang mengangkat populariti Syahrini.

Jujur desis bibirnya, pertemuan dengan Anang Hermansyah yang dianggapnya duda keren adalah satu berkat luar biasa buat dirinya.

Dulu namanya belum disebut siapa-siapa, apatah lagi untuk keluar hampir setiap hari di majalah mahupun surat khabar.

Anang memberinya cahaya transformasi, ujar Syahrini. Anang tersenyum mendengar pujian itu mungkin entah untuk yang ke berapa kali.

"Dulunya saya seorang yang santai tetapi kolaborasi ini menjadikan saya mengenali erti disiplin. Tidak pernah terlambat dan harus kerja keras.

"Kalau untuk sisi peribadi, saya lebih bahagia kerana dapat bekerjasama dengan pemuzik yang mempunyai nama besar, seorang Anang Hermansyah," luah Syahrini menyangkal kisah nakal yang mengaitkan mereka.

Mereka bersatu dalam sebuah lagu yang mempunyai interpretasi tersendiri. Jangan Memilih Aku kata Anang, ditulis pada tanggal 1 Januari 2010 sewaktu itu dia berada di dalam sebuah apartmen di Bali.

Idea lelaki yang pernah menjalani kehidupan bersama Kris Dayanti ini mengalir laju sewaktu percutian bersama anak-anaknya.

Mempelawa Syahrini ke studionya di Radio Dalam, awalnya kedatangan wanita berusia 27 tahun itu untuk meminta material buat album keduanya bertukar dan menguntum duet buat mereka berdua.

"Jadi perancangan album kedua saya terpaksa ditunda," ujar Syahrini mengingatkan pertemuan pertama mereka dalam program Dashyat di Semarang.

Kini, hasilnya mereka sama-sama mempromosikan album duet yang mengandungi lagu Jangan Memilih Aku dan Cinta Terakhir yang membawa mereka bersama bukan sahaja ke Malaysia malah Hong Kong dan bakal ke Jepun dan Arab Saudi.

Persahabatan dan gabungan suara dua insan ini sentiasa diberi perhatian oleh khalayak. Manakan tidak, apabila sang duda yang pernah terluka hatinya bertemu si dara yang mampu menambat rasa, pelbagai cerita yang keluar mengalir bak air sungai yang tidak dapat ditahan-tahan.

Syahrini sudah akur semua itu, malah katanya dia sudah diberi 'pembelajaran' awal daripada Anang tentang prediksi 'masa depan' mereka.

Anang sudah lali dan berguru dengan pengalaman telah menelaah kejadian masa depan duet mereka dan dia mengajar Syahrini untuk menghadapinya dengan memberi kursus A sehingga Z.


BIARLAH sekali gagal menjadi suami terbaik buat Kris Dayanti, Anang tidak mahu sekali lagi dilihat sebagai bapa yang gagal mendidik anak-anak.


Ratu panggung

"Saya sudah terangkan kepada Syahrini. Biar positif atau negatif respons yang diberikan, ia adalah satu yang kooperatif," ujar Anang dan Syahrini terus memberi respons bahawa dia sudah mempersiapkan mental, emosi dan fizikal bagi menghadapi semua itu.

Kami tanyakan Anang, prediksi dirinya terhadap manuskrip nyanyian yang sedang ingin dibukukan untuk Syahrini.

"Pada usia 27 tahun seharusnya perjalanan yang diperjuangkan semakin berat kerana apabila memasuki usia umur 30 tahun, itu adalah umur berat untuk baru dikenali.

"Dia harus benar-benar berjuang untuk bergelar diva atau ratu panggung. Syahrini harus tampil dengan dua buah album lagi yang sukses dan jika dia berjuang sebenar-benarnya, dia akan mendapat gelaran itu.

"Hidup matinya, dia akan digelar si ratu panggung," jujur tenungan Anang di sebalik kata-katanya.


Sumber dipetik: http://kosmo.com.my

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Huhuhu...usik2 xper...kalo betul2 pn aper salah nyer kan2...

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts