My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Rossa-Pentas ratu cinta




SELAYAKNYA Sri Rossa Roslaina Handiyani menerima jolokan Ratu Cinta Seberang kerana majoriti lagu yang dihamburkan kepada lebih 4,000 peminatnya di Stadium Putra, Bukit Jalil pada malam 29 Mei lalu adalah bait-bait cinta dan kasih sayang. 'Pencinta Rossa' dapat merasai kelunakan suara dan menatap penyanyi comel itu.

Tubuh Rossa yang genit itu melontarkan vokal yang mantap lagi merdu. Dia beraksi manja di setiap sudut pentas, membikin hati penonton tercuit walau hanya dengan ketawa kecilnya. Konsert itu turut disaksikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga pemuja penyanyi kelahiran Sumedang, Indonesia itu.

Air mata dan gelak tawa berselang seli menandakan konsert yang dibawakan syarikat Lima Duabelas itu terangkum segala rasa. Tak dapat disangkal keperibadian dan kisah silam Rossa terbawa-bawa dalam minda peminat. Rossa seakan melagukan kisah hidup yang ada cubitan rasa sedih, duka, ketawa dan nakal.

Cantik bertukar busana rona merah, coklat, hitam dan putih, Rossa bercerita lewat 20 buah lagu termasuk Tegar, Ayat-ayat Cinta, Aku Bukan Untukmu dan Pudar.

Tidak ketinggalan bersatu pentas bersama rakan senegaranya, kumpulan ST 12 dan Ungu. Pasha, vokalis 'duda keren' wajib melantunkan vokal bersama Rossa lewat lagu hit mereka, Terlanjur Cinta.

Lebih menambahkan kemeriahan apabila muncul sebelumnya si jejaka Malaysia dengan penuh emosi, Aizat bergandingan bersama Rossa menyanyikan lagu hit Hanya Kau Yang Mampu.

Jujurnya kemunculan Aizat menambahkan getar malam itu. Hanya berdiri namun jejaka yang kini popular menerusi lagu Susun Silang Kata itu mampu memberikan getaran kepada penonton. Aizat pilihan duet yang tepat untuk Rossa dan umum merasainya.


KOLABORASI dua negara antara Aizat dan Rossa membuahkan jeritan para penoton yang membanjiri Stadium Putra.


Sayangnya cela malam itu tercalit pada hiasan pentas yang kurang setara dengan penyusunan muzik hebat Yovie Widianto. Rasanya pentas dan pencahayaan terlihat biasa dan menenggelamkan sedikit rasa eksklusif malam tersebut.

Namun, segalanya dapat ditutupi dengan pemilihan dan penyusunan lagu yang hebat bersama orkestra. Tidak ketinggalan kemunculan kumpulan koir anak-anak Permata Seni di bawah didikan Syafinaz Selamat menambahkan rasa genit malam tersebut.

Anak-anak penuh bakat seni itu menyanyi girang berkongsi pentas dengan seorang diva Indonesia.

Itulah mimpi Rossa sebagai anak seni. Konsert Melodi Cinta Rossa adalah realiti kegembiraannya atas air mata yang dulu pernah tumpah. Ia tanda ketabahan seorang wanita bernama Rossa.


Dipetik dari: http://kosmo.com.my

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts