My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Ayu Raudhah IQ rendah?





WAJAH nan cantik dan sedap mata memandang memang senang untuk dijadikan penyeri produk mahupun jurucakap yang mempromosikan sesuatu jenama.

Tuah badan gadis manis setara namanya, Ayu Raudhah Che Wan, 26, menjadi pilihan pengasas produk Giena Skincare, Beauty Arena Sdn. Bhd., Nor Azizan Ghazali.

Wajahnya yang ayu mendapat perhatian lantas dilantik sebagai duta produk kecantikan Giena Skincare dan Francais Beauty Palace.

Majlis menandatangani kontrak tersebut telah diadakan di The Saujana, Subang pada 11 Mei 2009 lalu.

Tiada angin, tiada ribut timbul cerita yang menyatakan khidmat pelakon yang pernah membintangi siri popular Nur Kasih itu ditamatkan gara-gara gagal berkomunikasi dengan baik.

Malah, timbul isu bahawa pelakon muda ini gagal memberikan informasi lengkap tentang produk seolah-olah membayangkan tahap pemikirannya sememangnya rendah.

Sensasi Bintang menghubungi Ayu dan bertanyakan tentang isu 'bimbo' yang dikaitkan dengan dirinya.

Dia menjawab dengan tenang dan penuh ketawa mesra. Malah, sempat bercerita tentang perkembangan terbaru dirinya.

Khabarnya anda baru pulang daripada mengerjakan umrah. Bagaimana pengalaman di sana?

Ayu dan kakak, Rozita telah selamat pulang pada 8 Mei lalu setelah 13 hari mengerjakan umrah.

Ayu rasa seronok dan teruja dapat mengerjakan ibadah di sana. Sempat juga Ayu berdoa agar kejayaan sentiasa datang dalam hidup Ayu.

Setelah Nur Kasih, khabarnya akan muncul lagi dalam sebuah drama yang memaparkan anda sebagai gadis bertudung. Selesa dengan karakter-karakter baik ini?

Ayu terlibat dalam penggambaran drama bersiri arahan Feroz Kadir, Janji Kekasih untuk slot Zehra di TV3.

Dalam siri yang dibintangi oleh Jue Aziz, Fezrol Khan dan Almy Nadia itu, Ayu membawakan watak Alyah yang menuntut Ayu bertudung.

Satu sisi positif, bila Ayu diberikan watak bertudung, kuranglah kontroversi ke atas diri Ayu dan khalayak nampak Ayu tampil dengan karakter sebegitu.

Dalam masa yang sama, Ayu berharap akan mendapat watak lain yang tidak stereotaip.

Bagaimana pula dengan hubungan cinta? Ramai yang tertanya-tanya status anda bersama pemain bola sepak Zaquan Adha?

Alhamdulillah, setakat ini hubungan kami berjalan dengan baik malah semakin rapat. Tapi jujur Ayu katakan yang kami belum ada perancangan untuk bertunang atau kahwin.

Ayu sudah pun bertemu dengan keluarganya buat kali pertama sebelum Ayu pergi ke Mekah. Malah, pulang ke Malaysia, Ayu turut berjumpa sekali lagi untuk memberikan ole-ole yang Ayu belikan di sana.

Kononnya kontrak selaku duta produk Giena Skincare Ayu Raudah dan Francais Beauty Palace sudah ditamatkan. Benarkah?

Sebenarnya dari awal tahun lagi kontrak itu sudah tamat dan tidak disambung atas kesilapan teknikal.

Mungkin boleh ceritakan masalah teknikal yang timbul tersebut?

Saya kini menjadi duta bagi produk Sinari Kolagen. Jadi saya tidak boleh menyambung kontrak saya yang sudah tamat bersama Giena. Itu sahaja.

Ada yang menyatakan kontrak tidak disambung ekoran pihak penaja tidak berpuas hati dengan prestasi anda?

Kalau mahu cakap tentang disiplin, Ayu sentiasa hadir ke sesi penggambaran mahupun promosi yang telah disusun untuk Ayu.

Malah, Ayu sentiasa kemas kini jadual Ayu dan tidak pernah gagal untuk menghadirkan diri. Sampai sekarang sebenarnya, Ayu masih berhubung baik dengan mereka walaupun sudah tamat kontrak.

Sejauh mana pula kebenaran yang mengatakan anda gagal bertindak sebagai jurucakap yang baik. Ada tak kaitan dengan pemahaman yang rendah terhadap produk tersebut?

Ayu sentiasa memberikan jawapan berdasarkan pemahaman Ayu terhadap produk tersebut. Ayu cakap apa yang Ayu tahu dan tidak faham kenapa timbul cerita sebegini.

Mungkin ada yang tidak berpuas hati tetapi hingga kini hubungan Ayu dan Puan Nor Azizan Ghazali iaitu pengasas produk berjalan baik dan dia tidak pernah cakap apa-apa tentang kurangnya pemahaman Ayu terhadap produk tersebut.

Apa komen anda bila umum sentiasa mahu tahu akan kisah kakak Ayu, Rozita Che Wan dan tertanya-tanya tentang persaraan dirinya daripada dunia seni serta pilihan bakal suaminya yang dikatakan menyerupai Akshay Kumar?

Ayu sentiasa menyokong apa sahaja jalan yang Kak Ta (Rozita) pilih. Ayu yakin dia akan ambil jalan yang terbaik untuk dirinya.

Kalau dia mahu bersara dan kahwin, itu pilihan dia dan Ayu sebagai adik sentiasa menyokongnya daripada belakang.


Dipetik dari : http://kosmo.com.my

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts