My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Aishah tunggu kelahiran sulung




ISTERI kepada Sheikh Abdul Shanaz ini sedang menunggu waktu untuk melahirkan cahaya hati sulungnya. Aishah Sinclair yang bakal muncul melalui filem Kapoww bercerita tentang debaran yang semakin hari semakin kencang di dadanya.

Bakal melahirkan bayi sulungnya Ogos ini, Aishah Jennifer Mohamed Sinclair masih tetap aktif bekerja bagi memastikan proses kelahiran kelak senang dan lancar. Itu adalah antara pesanan orang tua-tua yang diambil dan diikutinya. Wanita berusia 29 tahun ini turut mengambil berat setiap pesanan ibunya yang sama-sama berdebar menantikan kelahiran si cucu.

"Ibu berpesan supaya jaga pemakanan dan jangan ambil makanan segera. Sesibuk mana sekali pun, saya akan pastikan diet yang diambil seimbang," ujar Aishah tentang nasihat ibunya.

Sedang hamil tujuh bulan, Aishah serta keluarga turut berkongsi kegembiraan apabila abangnya, Ashraff Sinclair bakal bergelar bapa kelak. Isterinya yang merupakan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari turut mengesahkan kehamilannya bulan lalu.

"Ini merupakan kegembiraan berganda buat keluarga saya. Selebihnya saya tidak mahu komen tentang hal privasi Ashraff," ujarnya yang bercadang mengambil program senaman pilates selepas bersalin kelak.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts