My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Jual klip video lucah remaja


MOHD. NAIM (dua dari kiri) bersama tiga kakitangannya menunjukkan muat turut klip video lucah yang dirampas di Butterworth semalam.


BUTTERWORTH - Asalkan membawa keuntungan, peniaga kedai menjual telefon bimbit dan kad prabayar kini menukar strategi dengan menjadikan klip video lucah sebagai 'umpan' untuk menarik pelanggan.
Taktik terbaru paling berkesan itu menawarkan perkhidmatan muat turun klip video lucah untuk dipilih yang kebanyakkannya memaparkan aksi panas remaja tempatan dengan bayaran hanya RM10 sahaja.
Pelanggan hanya perlu pergi ke kedai menjual telefon bimbit tertentu yang menawarkan perkhidmatan berkenaan dan memuat turunkan klip video yang menjadi pilihan ke dalam kad memori.
Jika ingin menambah koleksi klip video lucah yang lain, pelanggan boleh berbuat demikian di kedai berkenaan sebanyak mana yang dimahukan pada harga yang sama.
Perkara itu didedahkan oleh Ketua Cawangan Unit Penguat Kuasa, Bahagian Kawalan Filem Kementerian Dalam Negeri cawangan Pulau Pinang, Mohd. Naim Hashim.
Menurut Mohd. Naim, kegiatan tidak bermoral itu dikesan setelah pihaknya membuat risikan hasil aduan orang awam diikuti serbuan terhadap empat premis menjual telefon bimbit di tiga lokasi berasingan di negeri ini Ogos lalu.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my/

UMNO Kelantan tunggu arahan gerak jentera pilihan raya



KOTA BHARU: UMNO Kelantan kini menunggu arahan daripada ibu pejabat parti untuk menggerakkan jentera bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas penyandangnya, Che Hashim Sulaima, meninggal dunia semalam.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar, berkata jentera parti sentiasa bersedia dan hanya menunggu "lampu hijau".
"Setakat ini kita tidak membuat perbincangan apa-apa pun dan kita tunggu arahan ibu pejabat yang akan bermesyuarat ke arah persiapan (pilihan raya) itu," katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.
Che Hashim, 46, yang disahkan menghidap barah usus pada Mei tahun lalu, dimasukkan ke Hospital Al-Islam, Kuala Lumpur, sejak beberapa hari lalu, meninggal dunia jam 4.30 petang semalam.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim yang mewakili PAS berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi.

Allahyarham mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Mengulas lanjut, Noor Zahidi berkata UMNO dan BN Kelantan sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN itu.
"Kita pernah menang di DUN itu pada pilihan raya 2004 dengan lebih seribu majoriti dan hanya tewas pada 2008 disebabkan tsunami politik ketika itu.

"Apa pun kita akan berusaha sebaik mungkin untuk merampas kembali kerusi DUN itu," katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan Paloh. - BERNAMA

 Dipetik dari: http://www.bharian.com.my/

Peniaga ditahan seludup pistol


GHAZALI (kiri) menunjukkan pistol jenis Glock 26 dan 40 butir peluru hidup pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di Kangar semalam.


KANGAR – Bekerja sebagai peniaga pasar malam, namun seorang lelaki dipercayai memiliki kerjaya sampingan iaitu menyeludup senjata api dari negara jiran sebelum diedar kepada kumpulan tertentu di negara ini.
Kegiatan lelaki tersebut terbongkar apabila dia ditahan pada pukul 5.30 petang bersama sepucuk pistol automatik dan 40 butir peluru hidup oleh sepasukan polis di pekan Changlun, Kedah di sini kelmarin.
Ketua Polis Perlis, Datuk Ghazali Mohd. Amin berkata, peniaga pasar malam itu disyaki merupakan pengantara yang terlibat dalam sindiket penyeludupan senjata api dari negara jiran ke negara ini.
“Dia ditahan ketika memandu kereta jenis Proton Waja dipercayai dari negara jiran semasa berhenti di lampu isyarat di pekan Changlun.
“Senjata api yang ditemui bersama suspek ialah sepucuk pistol automatik jenis Glock 26 Austria 9x19 berserta 40 butir peluru hidup caliber 9mm,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my
.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts