Jom Layan link-link dibawah nie..

UMNO Kelantan tunggu arahan gerak jentera pilihan raya



KOTA BHARU: UMNO Kelantan kini menunggu arahan daripada ibu pejabat parti untuk menggerakkan jentera bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas penyandangnya, Che Hashim Sulaima, meninggal dunia semalam.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar, berkata jentera parti sentiasa bersedia dan hanya menunggu "lampu hijau".
"Setakat ini kita tidak membuat perbincangan apa-apa pun dan kita tunggu arahan ibu pejabat yang akan bermesyuarat ke arah persiapan (pilihan raya) itu," katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.
Che Hashim, 46, yang disahkan menghidap barah usus pada Mei tahun lalu, dimasukkan ke Hospital Al-Islam, Kuala Lumpur, sejak beberapa hari lalu, meninggal dunia jam 4.30 petang semalam.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim yang mewakili PAS berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi.

Allahyarham mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Mengulas lanjut, Noor Zahidi berkata UMNO dan BN Kelantan sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN itu.
"Kita pernah menang di DUN itu pada pilihan raya 2004 dengan lebih seribu majoriti dan hanya tewas pada 2008 disebabkan tsunami politik ketika itu.

"Apa pun kita akan berusaha sebaik mungkin untuk merampas kembali kerusi DUN itu," katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan Paloh. - BERNAMA

 Dipetik dari: http://www.bharian.com.my/

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts