My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Chelsea kukuhkan kedudukan


DROGBA (kanan) dan Kalou menjaringkan gol untuk membantu kemenangan Chelsea awal pagi tadi.


LONDON, England – Chelsea mengekalkan rekod kemenangan besar pada kempen Liga Perdana England musim ini.

Pada aksi awal pagi tadi, skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu membelasah Blackpool 4-0 untuk memenangi kesemua lima perlawanan pertama dengan 21 jaringan dan hanya bolos satu gol.

Kesemua gol skuad The Blues diperoleh pada babak pertama menerusi Florent Malouda yang meledakkan dua gol pada minit kedua dan 41.

Salomon Kalou serta Didier Drogba turut meletakkan nama mereka selaku penjaring apabila menambah gol Chelsea masing-masing pada minit ke 12 dan 30.

Kemenangan itu turut membantu Chelsea mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga dengan 15 mata, empat mata di depan Arsenal dan Manchester United.

Pada pertemuan lain semalam, Manchester City turut mencatat kemenangan 2-0 ke atas Wigan Athletic hasil jaringan penyerang Argentina, Carlos Tevez dan Yaya Toure.

Manakala jaringan hatrik Dimitar Berbatov membantu United menang 3-2 ke atas Liverpool.

Dua gol menerusi tandukan pada minit ke-42 dan 84 dan satu gol menerusi sepakan gunting yang cantik pada minit ke-59 sudah cukup menyekat kebangkitan Liverpool yang memperoleh gol menerusi Steven Gerrard pada minit ke-64 dan 70. – AFP

Elaun untuk Tuanku Ismail disokong


TUANKU ISMAIL


KOTA BHARU - Kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan menyokong pindaan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kelantan berhubung isu Tuanku Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra yang akan dibuat pada persidangan khas 27 September ini.

Ketua Pembangkang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, pindaan tersebut mesti disokong kerana ia melibatkan kebajikan bekas Sultan Kelantan itu.

"Apa tidaknya, kita tetap menyokong persidangan berkait isu Sultan Kelantan kerana ia adalah raja kita," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka di kediamannya di Padang Upih, Ketereh dekat sini semalam.

Akhbar pentingkan KEUNTUNGAN!

Tapis dahulu sebelum disiar dalam akhbar - PPIM




KUALA LUMPUR – Persatuan pengguna menyifatkan iklan khidmat seks yang berselindung di sebalik nama ‘rumah urut’, ‘urutan tradisional’ dan sebagainya seperti yang disiarkan dalam sesetengah akhbar sebagai tanggungjawab syarikat akhbar yang menyiarkannya.

Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman (gambar) yang mahu tindakan diambil terhadap pihak akhbar yang menyiarkan iklan tersebut.

Katanya, pihak akhbar sepatutnya menyemak dan memastikan profil pengiklan terlebih dahulu sama ada iklan perniagaan itu sah dari segi undang-undang atau sebaliknya.

“Ini adalah salah satu polisi sosial media cetak dan pihak akhbar tidak harus hanya mementingkan aspek keuntungan semata-mata. Janganlah asal dapat iklan terus dicetak tanpa usul periksa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak-pihak berkuasa seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak-pihak lain mengambil tindakan terhadap akhbar-akhbar terbabit.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts