|
|
KOTA BHARU - Kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan menyokong pindaan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kelantan berhubung isu Tuanku Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra yang akan dibuat pada persidangan khas 27 September ini.
Ketua Pembangkang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, pindaan tersebut mesti disokong kerana ia melibatkan kebajikan bekas Sultan Kelantan itu.
"Apa tidaknya, kita tetap menyokong persidangan berkait isu Sultan Kelantan kerana ia adalah raja kita," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka di kediamannya di Padang Upih, Ketereh dekat sini semalam.