My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Mati Mengejut: Guru Tuisyen jatuh Bangunan

PULAU PINANG 3 Jan. - Seorang guru tuisyen yang baru menyambut ulang tahunnya yang ke-21 minggu lalu, maut selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan tempat dia mengajar di Jalan Perak di sini, malam tadi.

Mangsa, Lim Chee Hwa yang berasal dari Pekan Nanas, Johor, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Dia sebelum itu dilihat berdiri keseorangan di koridor bangunan Super Field Plaza berkenaan sebelum dikatakan memanjat dan melepasi pagar konkrit bangunan itu yang turut menempatkan pusat tuisyen di mana dia mengajar.

Tindakannya disedari oleh orang awam yang lalu lalang di kawasan itu dan mereka memaklumkan perkara tersebut kepada Balai Bomba Jalan Perak yang terletak berhadapan dengan pusat tuisyen berkenaan.

Difahamkan, anggota bomba cuba memujuk mangsa, malangnya dia yang lahir pada 29 Disember 1989 tetap terjun dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai motif kejadian.

Katanya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts