My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Barang Dirampas: Restoran Nasi Kandar 'KECOH'


Ng Wei Aik (tengah) mengarahkan pegawai Penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang merampas kerusi, meja, dan peralatan memasak milik Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar di Gat Lebuh Maccalum, Georgetown, semalam.


PULAU PINANG 3 Jan. - Suasana tenang di sebuah restoran nasi kandar di Gat Lebuh Maccalum di sini tengah malam tadi bertukar kecoh gara-gara tindakan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas kerusi, meja, televisyen serta peralatan lain yang terdapat di dalam premis tersebut.

Suasana bertambah tegang apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik dan beberapa Ahli Majlis MPPP campur tangan serta didakwa bercakap kasar dan angkuh terhadap kakitangan restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar itu.

Meskipun dirayu dan dipujuk oleh pemiliknya, Syed Kassali Mohamad Aliyar, 42, namun, beberapa kakitangan penguat kuasa dilihat mengangkut barang-barang tersebut masuk ke dalam lori kerana diarahkan Wei Aik.

''Barang-barang yang diletakkan di luar premis, kami biarkan MPPP ambil. Tetapi mengapa kerusi, meja dan televisyen yang berada dalam restoran pun turut dirampas sedangkan terdapat beberapa pelanggan sedang menjamu selera.

''Tindakan itu benar-benar tidak adil. Ramai pelanggan lari dan takut. Dia (Wei Aik) kata mahu menegakkan undang-undang tapi perbuatan yang dilakukannya bertentangan dengan apa yang dikata. Dia seolah-olah menabur pasir dalam periuk nasi kami," katanya ketika ditemui di sini awal pagi ini.

'Drama' selama hampir dua jam ketika operasi penyitaan itu menarik minat ratusan penduduk sekitar termasuk pelanggan restoran berkenaan.

Wei Aik dan beberapa ahli majlis dilihat mundar-mandir di dalam restoran itu sambil mulutnya tidak habis-habis menyebut 'demi menegakkan keadilan, demi menegakkan kedaulatan undang-undang'.

Usaha Syed Kassali dan beberapa pekerja merayu Wei Aik berbincang dan menghentikan operasi berkenaan juga gagal apabila mereka turut ditolak.

Menurut Syed Kassali, sebelum restorannya didatangi penguat kuasa MPPP, berlaku satu kemalangan berhampiran restorannya itu pada kira-kira pukul 10.10 malam melibatkan dua buah kereta.

Menurut beliau, sebuah kereta yang dipandu seorang wanita tua telah merempuh sebuah kereta lain yang dinaiki sepasang suami isteri dan kemudiannya mengheret kereta itu masuk sehingga ke kawasan kaki lima restorannya.

Katanya, tiada pelanggan yang cedera dalam kejadian itu, namun televisyen milik restoran pecah akibat rempuhan tersebut.

''Saya dan wanita tua itu bersama-sama menghantar isteri pemandu kereta yang cedera ke Hospital Pulau Pinang (HPP). Saya ingat perkara itu telah selesai kerana kemalangan berlaku bukan salah kami dan ia berlaku 100 meter dari restoran.

''Malangnya, tidak berapa lama kemudian, dia (Wei Aik) datang bersama beberapa yang lain ke restoran ini dan selepas itu mengarahkan penguat kuasa MPPP datang angkut barang," kata Syed Kassali.

Tambah beliau, permintaannya untuk berbincang langsung tidak diendahkan Setiausaha DAP Pulau Pinang itu malah telah bertindak kasar dan memainkan isu perkauman.

Selain itu dakwa Syed Kassali, dia juga tidak menerima sebarang notis atau arahan dari mana-mana pihak sebelum proses penyitaan itu dilakukan.

''Saya mahu kerajaan negeri memohon maaf dan membayar ganti rugi atas kerugian yang saya tanggung. Bukan saja kerusi dan meja yang diletakkan di luar restoran kena ambil, tetapi barang-barang dalam kedai termasuk wang, rokok, tong gas dan televisyen pun turut dirampas.

''Mereka perlu bertanggungjawab kerana apa yang dilakukan itu salah," katanya.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts