My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Padah remaja cuba pecah cermin kereta mewah

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Tindakan sekumpulan remaja lelaki yang cuba memecah cermin sebuah kereta mewah jenis Porsche milik seorang pengurus wanita mengundang padah apabila kesemua mereka ditahan di sebuah rumah di Bandar Tun Razak, Selasa lalu.

Kesemua suspek ditahan kira-kira pukul 6 petang selepas dua daripada mereka cuba melakukan jenayah itu pada 9 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Khalid berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, seorang pengadu yang merupakan pengurus sebuah syarikat telah meletakkan keretanya berhampiran stesen minyak di Taman OUG, di sini.

Menurut beliau, ketika pengurus wanita berusia 59 tahun itu selesai urusan dan pergi semula ke kenderaannya, mangsa mendapati dua lelaki yang menaiki motosikal cuba memecahkan cermin kereta Porsche miliknya itu.

"Bagaimanapun, mangsa berjaya merakam nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek.

"Bertindak atas maklumat itu kita berjaya menahan mereka di sebuah rumah di Bandar Tun Razak, Selasa lalu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Wan Abdul Bari, ketiga-tiga suspek remaja itu tidak bersekolah selain tidak mempunyai pekerjaan dan rekod lampau.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas motosikal yang digunakan suspek ketika cuba memecah cermin kereta mangsa.

"Siasatan mendapati motosikal tersebut merupakan motosikal curi yang dilaporkan hilang di Wangsa Maju, di sini.

"Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 373 dan 379A Kanun Keseksaan," katanya.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts