My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Obama anjur parti Halloween di White House



OBAMA (kiri) berdiri di belakang tetamu undangannya yang memakai kostum bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln (dua dari kiri), watak dalam siri Beetlejuice dan bintang filem mendiang Marilyn Monroe (kanan) di White House, Washington kelmarin.


WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan isterinya, Michelle menganjurkan parti Halloween melibatkan sekumpulan kanak-kanak berusia antara enam hingga 14 tahun dan keluarga anggota tentera di White House pada petang kelmarin.

Obama, Michelle dan ibunya, Marian Robinson meluangkan masa selama 30 minit untuk mengagihkan beg-beg hadiah.

Beliau turut mengucapkan selamat dengan memeluk dan memberi komen mengenai kostum yang dipakai oleh para tetamunya.

Beg itu mengandungi sekotak coklat M&M White House, biskut dan buah-buahan kering.

Semasa berjalan ke arah taman, mereka berjumpa dengan tetamu memakai kostum seperti watak Frankenstein dan Scarecrow daripada filem The Wizard of Oz.

Muzik daripada sebuah kumpulan jazz yang berpakaian lanun memeriahkan suasana.

Labu-labu pelbagai warna digantung sebagai sebahagian daripada hiasan timbunan bukit buatan.

Sebahagian daripada tetamu itu terdiri daripada murid sekolah rendah Bancroft yang membantu menjaga taman di White House.

Selepas selesai memberikan hadiah, Obama berdiri berhampiran pintu hadapan, menjemput keluarga anggota tentera untuk masuk ke White House sambil mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan mereka.

Halloween merupakan acara tahunan yang disambut terutamanya di Ireland, Scotland, Kanada dan AS.

Bermula sebagai salah satu sambutan dalam kalangan penduduk Celtic di Ireland bagi meraikan tamatnya hari penuaian, Halloween kini lebih bersifat satu majlis keraian. Antara aktiviti yang dilakukan ialah memakai kostum, mengunjungi parti kostum, melawat kawasan berhantu dan menonton filem hantu. - Agensi

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts