My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Wanita pertama jadi Presiden Brazil



DILMA ROUSSEFF




BRASILIA - Penduduk Brazil semalam meraikan kemenangan Dilma Rousseff sebagai Presiden wanita pertama di negara itu.

Rousseff mengatasi pencabarnya kelmarin dari parti pembangkang, Jose Serra yang merupakan bekas gabenor Sao Paulo dalam pilihan raya Presiden.

Wanita itu berjanji akan meneruskan dasar-dasar Presiden terdahulu, Luiz Inacio Lula da Silva.

Lula dijangka menyerahkan jawatan Presiden kepada Rousseff dalam tempoh dua bulan.

Pilihan raya Presiden itu diadakan bagi mencari pengganti Lula, 65, yang tidak lagi meneruskan khidmatnya kerana penggal pemerintahannya selama dua penggal sudah berakhir.




Dalam pilihan raya itu, Rousseff yang merupakan bekas Ketua Kabinet Presiden Brazil memperoleh 56 peratus undi manakala Serra mendapat undi cuma 44 peratus.

Rousseff, 65, yang merupakan seorang ahli ekonomi berjanji akan mendapatkan nasihat daripada Lula berhubung hal ehwal pentadbiran.

"Saya akan kerap mengetuk pintunya (Lula). Saya tahu pintunya akan sentiasa terbuka," kata Rousseff dari Parti Pekerja dalam ucapannya kelmarin. - AFP

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts