Jom Layan link-link dibawah nie..

Rampas: Zoo mini Anson Wong kena serbu


KAKITANGAN Perhilitan membawa keluar salah seekor daripada dua ekor harimau benggala dari sebuah dusun buah-buahan di Teluk Bahang, Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Sebanyak 120 ekor haiwan yang terdiri daripada pelbagai jenis dirampas oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di sebuah dusun buah-buahan di Teluk Bahang dan sebuah premis di Jalan Jones di sini, dalam operasi selama dua hari sejak kelmarin.
Dalam operasi membabitkan 20 pegawai Perhilitan di dusun milik keluarga penyeludup haiwan antarabangsa, Anson Wong Keng Liang (gambar), 52, atau turut dikenali sebagai ‘Raja Cicak’ semalam, sebanyak dua ekor harimau benggala, empat ekor kucing hutan, seekor buaya dan tiga ekor ular sawa dirampas.
Operasi yang turut disertai kakitangan Zoo Melaka itu mendapati, kesemua haiwan tersebut disimpan oleh Anson Wong dan isterinya, Cheah Bing Shee dalam dusun berkenaan yang seakan-akan zoo mini yang terletak kira-kira 50 meter dari Jalan Teluk Bahang-Balik Pulau berhampiran Sungai Pinang.
Dusun buah-buahan keluarga Anson Wong yang terletak berhampiran Pusat Rekreasi Air Terjun Titi Kerawang itu dipercayai dijadikan tempat dia menyimpan pelbagai spesies haiwan yang dilindungi sejak beberapa tahun lalu.
Terdahulu dalam operasi kira-kira pukul 8 malam kelmarin, pihak Perhilitan telah merampas sebanyak 50 ekor haiwan yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu biawak, ular, kura-kura serta pelbagai jenis ular sawa dan ular berbisa.
Turut dirampas pada hari yang sama ialah 60 ekor haiwan lain yang kebanyakan terdiri daripada pelbagai spesies unggas liar yang disimpan Anson Wong di sebuah premis di Jalan Jones di sini.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts