
KOTA KINABALU: Polis belum menerima sebarang laporan membabitkan adegan rakaman lucah berjudul ‘Video Seks Ustazah’ tetapi tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika menerima laporan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata perbuatan itu bukan saja mencemarkan agama tetapi memalukan diri sendiri.
“Setakat ini tiada laporan diterima di sekitar daerah ini dan polis juga tidak menolak kemungkinan video berkenaan dibuat di tempat lain sebelum tersebar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran video lucah itu di bandar raya ini.
Rakaman itu menunjukkan seorang wanita bertudung menjalin hubungan intim bersama pasangannya di beberapa kawasan, termasuk di dalam kereta dan asrama.
Dipetik dari: myMETRO