My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Kemenangan mampu ubah nasib Liverpool

LIVERPOOL: Roy Hodgson (gambar) mengakui pertembungan Liverpool dengan Blackburn di Anfield hari ini mampu mengubah musim pasukan Reds.
Pasukan Hodgson berdepan hujung minggu ini bukan dengan cara kebiasaan kerana berada di tangga ke-19 dalam carta Liga Perdana Inggeris selepas permulaan teruk musim ini.


Reds hanya meraih satu kemenangan daripada lapan perlawanan Liga Perdana dan kalah empat kali dalam apa yang disifatkan sebagai permulaan terburuk bagi satu-satu kempen sejak 1953.

Catatan itu, ditambah dengan pengambilalihan oleh New England Sports Ventures minggu lalu, meningkatkan tekanan buat Hodgson, yang menggantikan Rafael Benitez musim panas lalu, hinggakan beliau terpaksa menafikan laporan bahawa beliau sedia meletakkan jawatan.



Beliau menyedari Liverpool perlu mula mencatat kemenangan bagi memberikannya peluang untuk kekal di Anfield dan melihat pertemuan dengan bekas kelabnya Blackburn sebagai peluang terbaik untuk menyelamatkan musim mereka.

Bekas pengurus Fulham itu mengakui beliau amat memerlukan kemenangan, tidak kira bagaimana caranya sekalipun, menentang Rovers.




“Kami melalui saat-saat sukar ketika ini dan semuanya tidak berjalan lancar seperti yang kami harapkan kerana beberapa alasan.

“Kami terperosok di bawah dan terdesak untuk keluar daripada kedudukan itu.

“Namun pemilik baru sudah melakukan banyak perkara buat kelab, mereka memberikan kelab ini peluang dan mereka melakukannya sebelum perlawanan dengan Everton (Liverpool kalah Ahad lalu).

“Memang ada keriangan dan perasaan gembira dan kami boleh mula membangunkan pasukan, meletakkannya di tempat sepatutnya dan bermain seperti biasa.

“Sudah tentu Ahad adalah peluang baik untuk melakukannya. Malangnya, Blackburn juga tidak akan membiarkan kami menang mudah. Mereka juga tidak mahu jatuh.

“Kami perlukan ruang untuk bernafas dalam usaha mula kembali memantapkan pasukan dan cuba melonjak dalam carta liga daripada membiarkan pasukan kami terdampar di bawah liga.” - AFP

Dipetik dari: myMETRO




@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts