My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Pengaruh Barat mudah menular

KOTA KINABALU: Kemudahan jalur lebar tanpa batasan antara faktor masalah sosial yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, termasuk merakam adegan seks untuk koleksi peribadi.

Apabila kemudahan itu tidak dikawal, pengaruh Barat mudah menembusi minda remaja hingga tergamak melakukan perbuatan tidak senonoh.


Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Sidma, Dr Morni Kambrie, berkata kegiatan merakam adegan seks harus dilihat daripada sudut lebih dalam dan terperinci.


“Pelbagai punca boleh dikaitkan dengan masalah sosial, antaranya adalah perpecahan dan perubahan dalam masyarakat kita.

“Paling digeruni, pengaruh Barat sangat cepat menular dalam masyarakat dan kita seharusnya menjaga budaya yang diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi,” katanya ketika dihubungi.


Morni berkata, masyarakat muda kini, terutama remaja, sering menyalahgunakan kelebihan yang ada semata-mata untuk keseronokan diri.

“Pasangan kekasih rela merakam hubungan intim mereka sama ada menggunakan telefon bimbit atau perakam video kerana terpengaruh dengan budaya masyarakat Barat.


“Biasanya pasangan pelakon ini merakam aksi berkenaan hanya sekadar ingin berseronok atau beronani, tetapi akhirnya menyesal selepas rakaman jatuh ke tangan orang tidak bertanggungjawab dan diketahui ramai,” katanya.


Morni berkata, rakaman berkenaan akan dimuat turun ke dalam laman sesawang dan akhirnya tersebar ke seluruh pelosok.


Malah, katanya, ada juga yang menawarkan rakaman itu dalam bentuk rakaman simpanan keras seperti ‘thumb drive’ selepas dimuat turun.


“Saya percaya pasangan itu tidak berniat menyebarkan pelakuan seks mereka tetapi disebarkan individu lain. Kebebasan tidak terkawal termasuk hubungan terlalu intim bersama pasangan menyebabkan mereka mudah mengalah,” katanya.

Dipetik dari: myMETRO

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts