My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Malang pelumba negara: Makan rumput selepas terbabas

ZULFAHMI terbabas ketika menjalani sesi kelayakan GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang semalam.


SESI kelayakan perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam jelas sekali tidak memihak kepada Mohd. Zamri Baba dan Mohd. Zulfahmi Khairuddin.
Kedua-dua pelumba harapan negara itu terpaksa menamatkan sesi kelayakan lebih awal setelah masing-masing terbabas.
Episod malam itu bermula dalam sesi kelayakan kategori 125cc apabila Zulfahmi yang mewakili pasukan Air- Asia-SIC, terbabas seawal pusingan kedua.
Selepas itu, giliran Zamri yang menggalas cabaran pelumba pasukan Petronas SIC TWMR Malaysia pula mengalami nasib yang sama dalam kategori Moto2.
Bagaimanapun, Zulfahmi, 19, masih mampu menghela nafas lega apabila merekodkan masa ke-22 terpantas dengan catatan 2 minit 17.896 saat.
“Sudah pasti saya kecewa kerana terjatuh ketika baru sahaja memasuki pusingan kedua sesi kelayakan tadi (semalam).
“Lebih menyedihkan apabila saya mengetahui jentera saya rosak teruk, sekali gus tidak dapat meneruskan baki masa pada sesi kelayakan itu.
“Mujurlah masa yang saya catat sebelum saya terbabas agak baik dan ini sudah cukup untuk melayakkan saya bermula pada saingan sebenar esok (hari ini) di petak ke-22,” kata Zulfahmi.
Mengulas insiden tersebut, Zulfahmi berkata, dia terbabas di selekoh keempat kerana terlalu mendesak diri untuk mencatat masa terbaik.
“Ia telah memakan diri saya kali ini. Begitupun, saya berjanji akan cuba menamatkan saingan dengan sempurna esok (hari ini) dan cuba menebus semula kesilapan saya dengan mengutip mata,” kata pelumba kelahiran Banting, Selangor itu lagi.
Sementara itu, Zamri turut meluahkan kekecewaannya setelah gagal menyudahkan sesi kelayakan dengan sempurna apabila terjatuh di selekoh ketujuh pada pusingan kesembilan.
Pelumba berusia 27 tahun itu akan memulakan saingan akhir petang ini di petak ke-31 daripada 38 pelumba setelah mencatat masa terbaik 2:11.289s.
“Memang saya kecewa kerana gagal memperbaiki catatan yang lebih baik daripada sesi latihan pagi tadi dan petang semalam (kelmarin),” kata Zamri.
“Faktor tayar menjadi punca saya gagal mengawal jentera lalu terbabas. Sepatutnya kami menggunakan tayar lembut selepas mencuba tayar keras sejak sesi latihan pagi tadi (semalam).
“Bagaimanapun, perkara telah terjadi. Memang terkilan sebab masa dua hari ini saya rasa tidak cukup untuk mencari keserasian dengan jentera baru tetapi saya akan cuba memberi yang terbaik pada saingan sebenar esok,” katanya.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts