My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Raja Azura BERCERAI


KEMBALI SOLO. Raja Azura kini berstatus janda.


ANGIN kencang spekulasi retaknya mahligai penyampai radio popular, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, dengan bekas suaminya, Adzmin Othman, 37, telah bertiup sejak Ogos lalu.
Atas diplomasi dan penafian berhemah, kontroversi gelora perkahwinan pengacara yang juga pelakon popular dengan panggilan Kak Engku itu tenang seketika sebelum keruntuhannya diperkatakan semula sejak awal minggu lalu.
Perceraian Raja Azura dan Adzmin yang diputuskan pada 28 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor hanya dipecahkan maklumat daripada sumber dari mahkamah memandangkan perceraian mereka dilakukan dalam prosiding tertutup. Dia mulanya membuat penafian bermati-matian.
Pernah sekali ketika dihubungi, ketawanya pecah berderai tanpa sebarang tanda ada musibah melanda.
Kepada seorang teman media yang lain, sempat juga ibu kepada tiga cahaya mata itu membuat cerita, perceraian tidak berlaku dan ketika dihubungi minggu lalu, dia sedang sibuk di dapur, katanya memasak untuk suami.
Barangkali penat menyimpang pekung di dada atau letih membuat penafian, Raja Azura enggan mengelak lagi.
Jumaat lalu, bersaksikan pejabat Sinar FM tempat rezekinya berlabuh, dia secara rasminya membuat pengesahan perceraian di hadapan pihak media. Kepada teman media yang tidak hadir, Raja Azura membuat satu permohonan maaf dan menjelaskan situasi yang dihadapi menerusi e-mel.
"Perceraian antara saya dan Adzmin adalah jalan terakhir setelah peluang berunding selama ini menemui jalan buntu.
"Kami tetap bersahabat baik dari dulu sampai bila-bila, tempoh edah ini memberi peluang kepada kami untuk berfikir secara rasional," luahnya berbaur hiba.
Tambah Raja Azura, sebelum perpisahan antara mereka dilafazkan, sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang masih kecil, masing-masing telah berjanji untuk menjalankan tanggungjawab terhadap amanah Allah itu.
"Sudah tentu saya tidak mahu anak-anak terabai bahkan perceraian ini masih kami rahsiakan daripada pengetahuan anak-anak.
"Mereka masih terlalu kecil untuk faham dan mengetahui situasi kami," beritahu Raja Azura dengan mata berkaca.

RAKAMAN hari bahagia Raja Azura dan Adzmin ketika melangkah gerbang perkahwinan sembilan tahun lalu.


Tambah pelengkap trio Sinar Pagi, Sinar FM itu juga, setakat ini hak penjagaan anak-anak dibuat berdasarkan persetujuan bersama.
Sesiapa pun antara Raja Azura ataupun Adzmin, mereka berhak untuk berjumpa dengan anak-anak tanpa sekatan masa dan syarat.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 Mac 2001 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4.
Ditanya masih bersisakah kasihnya buat bekas suami, hati wanitanya tidak mampu menipu.
Akuinya, dia masih sayangkan Adzmin dan jika dilapangkan segala konflik, tidak mustahil untuk mereka kembali rujuk.
"Peluang untuk rujuk dan kembali menjadi suami isteri masih terbuka kerana perceraian bukanlah penamat. Selagi saya masih bernyawa, perjuangan saya belum selesai.
"Saya masih dalam tempoh edah dan kami boleh rujuk semula. Perceraian bukanlah penamatnya.
"Selama ini saya hilang kepercayaan kepada suami dan dia perlu mengembalikan kepercayaan itu kepada saya semula," katanya seperti memberi satu petunjuk yang lain.
Sama ada rujuk semula dalam tempoh edah atau berkahwin semula jika edah sudah tamat, Raja Azura menyerahkan itu semua atas kuasa Allah Yang Maha Mengetahui.
Tambah pengacara yang terkenal dengan mulut lepas itu juga, walaupun sudah bercerai dan putus sudah ikatan suami isteri, namun kasih yang dibina sejak sembilan tahun lalu masih belum padam.
"Adzmin masih mengambil tahu akan keperluan saya, nafkah dan anak-anak. Kami tahu silap masing-masing dan kasih sayang kami tidak pernah luntur," katanya lagi.
Sebenarnya, ketika perceraian yang berlaku dalam episod rumah tangga Raja Azura ini belum diketahui umum, sudah pernah ada sumber menyedari bahawa Raja Azura sebenarnya sudah mempersiapkan diri untuk hidup sebagai ibu tunggal.
Menurut sumber berkenaan, Raja Azura sedang dalam proses untuk menjual rumah keduanya yang terletak di Damansara Damai, Kuala Lumpur.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts