My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Bayern Bernasib BAIK

Bayern Munich

BERLIN: Bayern Munich bernasib baik untuk mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Hamburg SV pada perlawanan tradisi jiran setempat utara-selatan selepas pasukan tuan rumah mendominasi sepanjang perlawanan dan menggegar palang pada lewat permainan.

Dengan setengah dozen pemain utama mengalami kecederaan, juara Bundesliga, Bayern tidak menyengat di barisan serangan dan kelihatan rapuh di benteng pertahanan.


Bagaimanapun, seperti ketika menang pada perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara Eropah ke atas CFR Cluj pada pertengahan minggu apabila mereka dihadiahkan dengan dua gol sendiri oleh kelab Romania itu, pasukan Bavaria nyata bernasib baik.


Hamburg mensia-siakan beberapa peluang keemasan menerusi Paolo Guerrero, Ruud van Nistelrooy dan Piotr Trochowski dan dengan permainan berbaki sembilan minit, Jonathan Pitroipa meluru ke kotak penalti lawan tetapi ketika hanya penjaga gol Hans-Joerg Butt untuk ditewaskan, percubaannya menggegar palang gol.


Keputusan itu meletakkan Bayern di tangga kesembilan dengan 12 mata manakala Hamburg melonjak ke tangga keempat dengan 15 mata. Pendahulu Borussia Dortmund, dengan 21 mata, menentang Hoffenheim hari ini. - Reuters

Dipetik dari: myMETRO








@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts