My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Wanita tunjuk isyarat lucah ditahan




KOTA TINGGI - Seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan ditahan selepas enggan memberhentikan keretanya ketika diarahkan selain menunjuk isyarat lucah kepada anggota polis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot (gambar) berkata, wanita itu memandu dari kawasan sebuah bank di Jalan Niaga Utama dan berlegar di kawasan Jalan Tun Seri Lanang di sini pada pukul 11.50 pagi.

"Wanita berusia 30-an yang memandu kereta Honda Accord secara meluru telah diarahkan berhenti namun dia enggan mengikut arahan sebaliknya menunjukkan isyarat lucah kepada polis bertugas.

"Malah, wanita itu juga nyaris melanggar seorang pegawai polis ketika diminta menyerah diri di persimpangan bangunan Kolej Komuniti di Jalan Abdullah," katanya ketika dihubungi semalam.

Osman berkata, kereta itu berjaya dikepung di Taman Jaya, tetapi wanita itu nekad mengundur dan merempuh sebuah kereta peronda polis.

Dipetik dari : http://kosmo.com.my/

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts