Pasangan suami isteri didakwa anjur pelaburan kutu
SHAH ALAM: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap dakwaan menganjurkan pelaburan wang kutu yang dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
Sabbri Yusof, 49, dan isterinya, Rahimah Rahim, 39, dari Kuala Lumpur mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Hafizah Abdul Rajak.
Pasangan itu yang juga pemilik perniagaan World Heritage Resources didakwa menganjurkan wang kutu dikenali sebagai "Program Ekspres" di premis perniagaan mereka di No: 3, Jalan Keluli AM7/AM, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7 di sini, di antara 1 Disember 2008 dan 29 April lalu.
Mereka, yang berdiri di luar kandang tertuduh selaku orang kena saman (OKS), didakwa mengikut Seksyen 3 akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 2 November depan untuk sebutan bagi membolehkan Sabbri dan Rahimah melantik peguam.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Steve Chin Yun Cheong.
World Heritage Resources, yang berdaftar dengan SSM sebagai ejen komisen am, mempunyai kira-kira 30,000 ahli sejak memulakan operasi pada 1 Disember 2008. - Bernama
Dipetik dari: http://www.bharian.com.my/
Jom Layan link-link dibawah nie..
@@ Followers @ @
Pembaca Berita PANAS!
Popular Posts
-
Aksi Nabil dan Uqasha yang dinafikan Nabil... Adakah superimposed?? Kalo ianya superimposed kenapa terkejut beruk ketika ditanya wartawan?? ...
-
KUALA LUMPUR: Pertanyaan ringkas ‘Bos! mau Amoi...murah RM200 sahaja’ adalah antara ayat pelaris digunakan sekumpulan ‘bapa ayam’ yang gia...
-
foto diambil dari blog : click sini KOTA KINABALU: Selepas heboh dengan aksi video kelakuan tidak bermoral pelajar sekolah, kini ma...
-
MARI saya jawab terus pertanyaan "Siapa gadis manis bertudung ini?". Dia ialah bunga yang sedang berkembang dan nama penuhnya Ok...
-
Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?......
-
AKTIVITI SAMBILAN... membuat persediaan melayan pelanggan di rumah. KUALA LUMPUR: Sekali imbas, sebuah rumah di Ampang, dekat sini, kel...
-
Raid on US airbase in Jalalabad repulsed while bomb blast in Kunduz leaves civilians and policemen dead. Afghan National Army soldie...
-
KUALA LUMPUR: Pada mulanya dia hanya suka-suka mencari kenalan baru menerusi laman sembang ketika melayari Internet sambil mengulang ka...
-
KUALA LUMPUR: Di sebalik tubuh sasa dan tampan, tiada siapa menyangka seorang lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari pantai timur itu p...
-
baiknyer posing pokok berbentuk org nie...yg c tua tue dok usha aper laa.. Takut hilang selipar, di kuncinya dengan mangga Akan Datang...