My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Kertas siasatan dipulangkan




KUALA LUMPUR - Tidak sampai 24 jam polis menghantar kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki ke Jabatan Peguam Negara kelmarin, ia dipulangkan semula kerana masih belum lengkap.

Kertas siasatan itu dipulangkan kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah pada hari sama dia menghantar dokumen tersebut.

Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Malaysia, Datuk Tun Abd. Majid Tun Hamzah dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu dilakukan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut terhadap kes berkenaan.

Katanya, ia penting bagi memastikan tiada sebarang kekurangan baik dari segi keterangan suspek, bukti dan saksi.

"Kertas siasatan itu dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara kelmarin tetapi ia terpaksa dipulangkan semula pada hari yang sama selepas mendapati banyak lagi perkara yang perlu disiasat," ujarnya dalam kenyataan tersebut.


Dipetik dari: http://kosmo.com.my/

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts