My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Jam tangan jadi petunjuk

SUNGAI PETANI - Seutas jam tangan yang disahkan milik seorang kontraktor yang dilaporkan hilang April lalu, Mohd. Shafiq Abdullah, 37, menjadi petunjuk kemungkinan lelaki itu senasib dengan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Isteri kontraktor itu, Samson Nahar Mohamed Dali, 35, berkata dia dipanggil oleh polis untuk mengenal pasti jam tangan berkenaan ketika ke Banting minggu lepas bagi membantu siasatan.

"Saya tak pasti macam mana polis jumpa jam itu tapi yang saya ingat jumpa di ladang, saya cam jam itu sebab suami ada banyak jam berjenama tapi satu itu saja yang bertali kulit jenama Puma," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Bunga Raya, di sini semalam.

Samson Nahar berkata, Mohd. Shafiq yang berasal dari Perak tinggal di sebuah rumah sewa di Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Ceritanya lagi, selepas menyedari ada sesuatu yang buruk berlaku terhadap Mohd. Shafiq, dia terus menghubungi semua rakan-rakan serta pihak-pihak yang pernah berurusan dengan suaminya termasuk lelaki yang ditahan itu.

"Semua orang jawab tak tahu, tapi lelaki itu seorang sahaja yang bagi jawapan ada jumpa suami dan beritahu suami saya ke luar negara dan akan balik lima enam hari lagi.

"Tapi bila saya tanya pergi mana, dia kata rahsia dan dari situ saya rasa pelik dan terus pergi ke rumah sewa suami di Kuchai Lama untuk mencari pasport suami saya," katanya.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts