My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Hishammuddin lancar Facebook PDRM


HISHAMMUDDIN (kanan) mencuba komputer riba yang terdapat di Pusat Media Bukit Aman sambil diperhatikan pegawai tertinggi PDRM semalam.


KUALA LUMPUR – Kecanggihan teknologi dalam menyampaikan maklumat mendorong Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka akaun dalam laman sosial popular Facebook sebagai usaha memantapkan usaha menbanteras jenayah semalam.

Selain itu, Facebook itu juga dilihat dapat mengembalikan kepercayaan masyarakat kepada polis.

Pelancaran Facebook itu dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu majlis di bangunan baru Menara Satu Bukit Aman di sini.

Turut dirasmikan ialah pusat media di bangunan yang sama yang bakal membantu kerja-kerja liputan wartawan.

Selain Hishammuddin, tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail, dua Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Lee Chee Leong dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pelancaran Facebook itu juga diharap dapat memecahkan halangan dan persepsi negatif yang terbentuk di kalangan segelintir masyarakat terhadap polis.

“Saya yakin Facebook bukan sahaja menjadi pelengkap kepada laman web PDRM dan Rakan Cop kerana ia juga membantu memudahkan tugas-tugas polis,” katanya.

Beliau berkata, selain menggiatkan penyebaran maklumat, Facebook juga digunakan sebagai satu langkah mengukuhkan jalinan hubungan antara media dan PDRM.


Dipetik dari:http://kosmo.com.my/

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts