My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Tarikh paksa potong gaji belum ditentukan - PTPTN


KERATAN Kosmo! 20 September 2010.


KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semalam menjelaskan bahawa tarikh sebenar pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman pelajaran daripada semua peminjamnya masih belum ditentukan.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, tarikh yang diberikan sebelum ini iaitu Jun 2011 sebenarnya merupakan tarikh akhir hasil kertas cadangan tindakan itu diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan bukan tarikh ia dilaksanakan.

Menurut beliau, sehingga sekarang, pihaknya masih berbincang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memperhalusi segala cadangan tersebut.

"Tiada percanggahan pendapat antara PTPTN dengan menteri. Sebagai pengerusi saya harus memberikan tarikh kertas kerja siap sebelum cadangan tersebut dapat dibentangkan dan mendapat kelulusan daripada Kabinet.

"Kami juga akan patuh segala keputusan daripada Kabinet selepas ini sama ada pindaan akan dibuat kepada Akta PTPTN 1997 atau tidak," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Petikan dari: http://kosmo.com.my/

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts