My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

'GRO Potong' perdaya pelanggan



JANGAN terkejut sekiranya ada GRO-GRO yang dicekup ini merupakan 'GRO Potong' yang sering memperdayakan pelanggan. - Gambar hiasan


JOHOR BAHRU - Kelab-kelab hiburan yang menyediakan khidmat pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing sering menjadi tumpuan pelanggan.

Bagaimanapun, di kelab hiburan di sini lain pula ceritanya apabila wujud segelintir wanita pelayan yang digelar 'GRO Potong'.

Golongan itu dipercayai bertindak memperdaya pelanggan terutama pelanggan baru atas arahan pemilik kelab-kelab hiburan.

Kosmo! yang menyiasat perkara itu bersama seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Brian, 30, di beberapa premis hiburan mendapati dakwaan tersebut berasas.

Selain tiba-tiba menghilangkan diri, 'GRO Potong' yang selalunya lebih cantik berbanding GRO lain sering memberikan 1,001 alasan seperti kehilangan telefon bimbit dan kurang sihat sebaik diberikan tips atau dibelikan minuman.

Mereka bertindak demikian supaya dapat mempengaruhi pelanggan yang akhirnya kecewa dan terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk menempah GRO lain sekali gus menguntungkan pemilik premis.

Brian yang merupakan ahli perniagaan mendakwa, taktik itu dipercayai dilakukan pemilik premis bagi mengimbangi kerugian yang terpaksa dihadapi ekoran serbuan pihak berkuasa.


Dipetik dari: http://kosmo.com.my

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts