My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

31 maut letupan di Baghdad


BEBERAPA penduduk Iraq melihat kemusnahan akibat letupan bom kereta di kawasan penduduk Kazimiyah, Baghdad semalam.


BAGHDAD - Dua buah kereta yang mengandungi bom meletup di dua lokasi di Baghdad pagi semalam sekali gus mengorbankan 31 orang dan mencederakan puluhan yang lain.

Kejadian itu merupakan yang terburuk berlaku di ibu kota Iraq dalam tempoh sebulan.

Seorang pegawai kanan tentera, Brigadier Jeneral Ali Fadhal memberitahu, sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh apabila sebuah kereta mengandungi bom meletup di kawasan kediaman mewah Mansour, barat Baghdad.

Katanya, 10 orang yang lain cedera di dalam serangan bom itu.

Menurutnya, pegawai-pegawai keselamatan sedang menyiasat sama ada ia merupakan kerja-kerja pengebom berani yang menyasarkan sebuah kawasan komersial yang padat dengan penduduk dekat kedai AsiaCell di sini.

Sumber polis dan hospital berkata, beberapa minit kemudian sebuah lagi kereta meletup di Dataran Adan di utara Baghdad di Kazimiyah dan mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang dan mencederakan 70 orang yang lain.

Kata sumber berkenaan, dua orang pegawai polis turut terbunuh dalam letupan tersebut.

Pegawai keselamatan dapat dilihat memeriksa di kawasan kejadian manakala beberapa ambulans dan kenderaan lain menghalang laluan jalan ke sebuah pejabat cawangan Kementerian Keselamatan Negara yang dikatakan pihak polis sebagai sasaran serangan. - AP

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts