My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Campak dadah atas lantai


Sebahagian daripada 101 pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Pinang, Pulau Pinang yang dibawa ke IPDTL untuk menjalani ujian air kencing kelmarin.


GEORGE TOWN – Sepasukan polis yang melakukan operasi di sebuah pusat hiburan di Jalan Pinang di sini tidak menduga akan menemui jutawan muda Malaysia, Taek Jho Low yang turut berada di dalam premis tersebut untuk berhibur bersama rakan-rakannya kelmarin.

Bagaimanapun, beliau dibenarkan keluar dari premis tersebut selepas polis berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan selain mendapatinya bebas daripada pengaruh dadah.

Serbuan pukul 11.30 malam itu turut membongkar taktik licik beberapa penagih dadah yang dipercayai membawa ‘air kencing bebas dadah’ milik orang lain yang disimpan di dalam bekas kecil untuk digunakan sekiranya dipaksa menjalani ujian air kencing.

Ia terbongkar selepas polis menemui cecair tersebut pada pengunjung yang diperiksa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, ketika serbuan terdapat 800 pengunjung berada di dalam premis tetapi pihaknya hanya membawa pulang seramai 101 orang untuk menjalani ujian air kencing.

Katanya, kesemua mereka menjalani ujian tersebut di Ibu Pejabat Polis Timur Laut (IPDTL).

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts