My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Janda beraya di Bali ;P




MEMASUKI kali kedua menyambut lebaran bersendirian, Nora Danish menganggap sambutan perayaan itu tetap sama. Tiada perubahan nyata walaupun dia tidak lagi memegang gelaran isteri Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau lebih mesra dipanggil Jejai.

Bukan sahaja ketika melewati hari raya, wanita berusia 28 tahun itu masih dekat dengan keluarga sebelah bekas belahan jiwanya. Bahkan, hubungan antara Nora dan adik-beradik Jejai tetap utuh biar berdepan kenyataan runtuhnya tembok dibina sebelum ini.

Maka, tidak hairan Nora yang dikurniakan seorang hero comel, Putera Rayqal Rizal Ashram, dua tahun, hasil perkongsian hidup dengan Jejai, masih beraya dengan keluarga Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Tanpa gagal, dia bersama ibunya, Sally Talib tetap akan muncul di kediaman mantan Menteri Besar Perak itu di Taman TAR Villa, Ampang, Kuala Lumpur.

“ Cuma, tahun ini, saya tidak dapat beraya dengan keluarga mertua kerana mereka menunaikan umrah sejak penghujung Ramadan lalu. Hanya raya keempat lalu mereka pulang ke Malaysia.

“Namun, saya tetap beraya dengan Jejai kerana dia juga mahu bermesra bersama Rayqal,” jelasnya yang sudah berangkat ke Bali, Indonesia pada raya kedua untuk bercuti selama lapan hari bersama anak dan ahli keluarganya.

Dalam waktu sama, wanita yang dilahirkan pada 7 Mac 1982 itu berkongsi pengalaman beraya dua kali dengan Jejai. Nora mengaku dia tidak mampu membuang perasaan merindui beragam momen bersama bekas suami apatah lagi menyambut hari penuh bermakna itu.

“Saya teringat kenangan menyiapkan suami pada pagi raya. Detik ini cukup lain berbanding hari lain. Saya berdoa supaya tahun depan sudah ada suami dan dapat beraya dengannya. Tidak perlu lagi bersendiri,” pantas tutur Nora yang sentiasa membuka pintu hatinya menerima kehadiran lelaki baru dalam hidup.

Menyediakan empat pasang baju untuk Rayqal rekaan Ezuwan Ismail, Nora yang menjalani penggambaran drama rantaian, Putera Katak sepanjang bulan puasa lalu menyambut hari raya dengan sederhana. Itu terbiasa diamalkan sejak dulu lagi.

“Tahun ini tumpuan hanya diberi kepada Rayqal. Bayangkan, kini, kalau saya membeli belah, asyik fikir tentang susu, makanan dan pakaian dia saja. Saya pula lebih senang beraya seadanya,” terang Nora.


AZALEA dan Yasmin mengagumi ketabahan yang ada dalam diri Nora.


Akrab

Dua adik kembar Jejai, Putri Azalea Ashram dan Putri Yasmin Ashram tidak terkecuali begitu menyayangi Nora. Kalau diikutkan, mereka punya banyak persamaan lalu melengkapkan kitaran hubungan antara satu sama lain. Nora, Azalea dan Yasmin seusia. Justeru, tidak hairan jika mereka dengan mudahnya bersatu.

“Kami rapat sebab faktor usia. Secara kebetulan, kami berumur 28 tahun. Selain itu, minat terhadap dunia fesyen membuatkan saya, Azalea dan Yasmin serasi bersama. Hubungan ini bermula sebelum saya mendirikan rumah tangga dengan Jejai. Waktu itu, saya baru bergelar tunangan Jejai.

“Namun, tidak dinafikan, ikatan kami semakin akrab selepas saya dan Jejai berpisah. Meskipun perkahwinan saya dan abang mereka tidak mampu bertahan lama, Azalea dan Yasmin tetap menganggap saya seperti keluarga mereka sendiri. Saya cukup terharu dengan layanan mereka.

“Kebiasaan, kalau kita sudah tidak ada sebarang hubungan dengan suami, terjadi situasi keluarga mertua dan adik-beradik ipar mula bersikap dingin dan menjauhkan diri. Tetapi, atmosfera ini tidak berlaku kepada saya yang semakin disayangi oleh mereka,” katanya sambil memanjatkan kesyukuran.

Menganggap Azalea dan Yasmin sebagai teman setia berada di sampingnya tatkala menjalani hari bersinar atau kelam, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif sempat menghuraikan satu persatu personaliti dua beradik kembar lahir selang empat minit yang dikenali beberapa tahun lalu.

“Selain mereka sarat dengan sifat merendah diri, Azalea sebagai kakak dilihat sebagai wanita periang, matang dan punya karakter yang sangat comel. Cuma, ada waktunya, Azalea berperangai sedikit kebudak-budakan dan kelakar seperti ibunya (Raja Noora Ashikin Raja Abdullah, 63).

“Sementara itu, Yasmin pula gemar berseorangan. Dia suka buat hal sendiri. Tetapi, ada masanya, dia boleh berbual banyak benda dengan orang sekeliling yang dia rasa selesa,” jelas Nora yang meluah kebahagiaan dikurnia insan-insan dengan aura positif ibarat Azalea dan Yasmin dalam kehidupannya.


NORA menyediakan empat pasang baju raya buat Rayqal.


Dua beradik kembar, Azalea dan Yasmin saat diminta menumpahkan pendapat peribadi terhadap bekas kakak ipar juga kawan baik mereka, tidak mengambil waktu panjang untuk berbicara. Satu persatu dihuraikan tentang Nora yang dicintai sepenuh hati.

Azalea yang mendirikan rumah tangga dengan Alfi Aliza, 28, pada 6 November 2009 mengaku hubungan baiknya dengan Nora tidak menunjukkan garis perubahan walau sedikitpun. Semua masih sama ibarat wanita itu membina masjid dengan abang sulungnya pada 20 Jun 2006.

“Selepas Nora berpisah dengan Jejai, hubungan saya dengan Nora menjadi semakin erat. Terus terang, dia senang bergaul dengan orang lain sekali gus membuatkan kami lekas ada keserasian untuk bersahabat baik. Punya kecintaan terhadap bidang fesyen, saya boleh berkongsi apa saja tentangnya.

“Jika suatu hari nanti dia ditakdirkan bertemu lelaki baru dalam hidupnya, saya tetap mahukan hubungan ini berkekalan. Dia juga memiliki hak untuk menemui cinta baru selepas rumah tangga yang dibina dengan abang saya tidak berpanjangan,” ungkap Azalea yang sentiasa meminjamkan bahunya jika Nora melewati kedukaan.

Paling menakjubkan, pemilik kedai menjual kandi, coklat dan gula-gula, My Love Candy itu begitu mengagumi ciri khas Nora yang sentiasa tabah saat dihadapkan pelbagai gosip kurang enak. Biarpun kecil molek fizikalnya, semangat wanita itu sungguh terbilang tingginya.

“Nora juga boleh berdiri di atas kaki sendiri. Saya lihat, ramai orang selesa dengan dengan personalitinya yang baik hati. Saya amat menghormati dia sebagai bekas kakak ipar dan teman rapat,” jelas Azalea sambil Yasmin yang berada di sisinya menganggukkan kepala tanda setuju.

Selain menyayangi Nora, Azalea dan Yasmin juga mencintai lelaki sama - Rayqal. Kerenah kanak-kanak tersebut yang semakin bijak bertutur dan gemar membodek orang lain menceriakan hidup mereka. Andai sehari tidak ketemu, tidak keruan dua ibu saudara glamor dan berstatus sosialis itu.


TIGA sahabat (dari kiri), Azalea, Nora dan Yasmin yang semakin akrab selepas Nora dan Jejai bercerai.


“Bagai menjadi lumrah, anak saudara pertama dalam keluarga pasti disayangi dan mendapat lebih perhatian. Bayangkan, tahun lalu, baju Melayu Rayqal kami yang jahit manik dan menambah perincian. Malah, kalau pergi mana-mana, ada saja hadiah dibelikan untuk si cilik ini,” akhiri Yasmin dalam lontaran suara lemah-lembut.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts