My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Aleeza Kasim Cerai Talak Satu?! Panas~~~






PETALING JAYA – Mahkamah Rendah Syariah di sini, memutuskan bahawa pasangan pelakon dan model terkenal, Aleeza Kassim dan Mohd Fauzi Che Ros masih suami isteri yang sah.

Hakim Syarie, Ghazali Ahmad dalam membuat keputusan itu, semalam, berkata, lafaz cerai Mohd Fauzi pada jam 9 malam, 24 Januari lalu hanya berbentuk hasrat, tetapi tidak dilaksanakan.

“Lafaz cerai itu hanya diucapkan semasa kejadian berlaku dan ia tidak mendatangkan kesan kepada jatuhnya talak,” katanya.

Pada 29 April lalu, di mahkamah sama, kedua-dua pihak memberi keterangan berhubung permohonan pengesahan lafaz cerai difailkan Mohd Fauzi selaku plaintif mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Dalam keterangan itu, defendan, Aleeza, 37, mendakwa suaminya, Mohd Fauzi, 47, melafazkan kata-kata ‘kita cerai esok’ dan Aleeza berpendapat apa yang dilafazkan Mohd Fauzi bukan bermaksud bercerai sebaliknya pergi ke Mahkamah Syariah mendapatkan kaunseling.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhiZDhNFTf7utO-KwsTTrnyjiHJ9WFqIcWWKdP4ZrBZX-lHm4-EQwn7Iy_OHq7UHc8iQgfmMoxkidy6PvHNz3kL2R97P7SvDLun8ZYmWKceHAr_OxVqS8wAqYZiQkpIzrV78QZgYtQuM85o/s1600/P1014096.JPG

Kedua-dua mereka tidak melantik peguam dan mengendalikan kes sendiri.

Ghazali dalam penghakimannya berkata, selepas meneliti keterangan plaintif dan defendan, mahkamah mendapati lafaz cerai pada tarikh berkenaan tidak membawa kepada jatuh talak.

“Oleh itu, mereka masih kekal suami isteri yang sah dan sijil nikah dikembalikan,” katanya.









Aleeza dan Mohd Fauzi ketika ditemui di luar mahkamah berkata, keputusan itu secara langsung menutup spekulasi berhubung dakwaan rumah tangga mereka mula musnah.

“Semuanya sudah selesai, jadi doakan kebahagiaan rumah tangga kami,” katanya.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts