Bintang Paling Popular ABPBH 2009 terharu terima ucapan Hari Ibu daripada anak tirinya
"TIDAK benar. Noktah!" demikian tindak balas spontan yang keluar dari bibir manis penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin ketika ditemui pada siri jelajah SimplySiti di One Utama, Ahad lalu mengulas spekulasi dirinya yang didakwa hamil.
Hanya kerana demam panas, penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu disangka hamil, mengakibatkan berita Siti berbadan dua kembali bertebaran. Hujung minggu yang lalu, Siti kembali menjadi buruan media yang mencari kesahihan berita berkenaan.
Seakan-akan menduga akan diajukan soalan yang sama, Siti tidak mengulas panjang khabar angin itu.
Namun sempat dia menitipkan pesan meminta peminat mendoakan agar rezeki untuknya bersama suami menimang cahaya mata dipercepatkan.
“Belum ada rezeki lagi. Kita sama-sama doakan,” ulas Siti ringkas.
Biarpun masih belum pulih sepenuhnya dari demam panas, malah suaranya masih terdengar serak-serak, Siti menggagahkan juga diri menemui peminatnya di ruang legar sayap lama kompleks membeli belah One Utama, sebagai salah satu rangka mempromosi rangkaian kosmetik dan produk penjagaan kulit miliknya.
Kehadiran Siti nyata dinantikan peminat dari pelbagai kaum. Aura Siti masih belum pudar walaupun lebih 15 tahun bergelumang dalam dunia hiburan. Jika tidak, masakan ruang legar kompleks berkenan dibanjiri lautan manusia sehinggalah ke lantai kerana masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk menatap lebih dekat Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) baru-baru ini.
Malah ada yang sanggup datang sejauh Terengganu, demi melihat penyanyi pujaan mereka itu. Ada pula yang menjejaki Siti Nurhaliza di setiap lokasi jelajah SimplySiti semata-mata mahu mencuri peluang bertemu dengan penyanyi itu.
Walaupun kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya, Siti tetap mengambil peluang menghiburkan peminat. Demi tidak menghampakan harapan mereka yang menunggu lama, Siti menghiburkan mereka dengan lagu Biarlah Rahsia ditemani dua peminat sebagai penyanyi latarnya.
Selain menyanyi, Siti turut menganjurkan pertandingan menyolek ibu dan anak malah turut mengundang pasangan anak dan ibu membuat ucapan sempena dengan hari ibu. Bercerita mengenai sambutan hari ibunya pula, Siti terharu meskipun masih belum mempunyai rezeki menjadi ibu, dua anak tirinya Ashraf dan Azief tidak lupa mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya.
“Syukur Siti turut menyambut Hari Ibu walaupun sekadar ibu tiri. Bagi Siti ucapan saja sudah memadai, lagipun mereka masih lagi belajar. Selain anak tiri, emak turut bagi ucapan pada Siti.
“Insya Allah Siti akan terus berdoa kepada Allah supaya memberi zuriat kepada Siti secepat mungkin. Pada Siti dua cahaya mata sudah memadai, jika diberi empat alhamdulillah.
“Jika mempunyai anak kelak, insya Allah Siti akan memberikan pendidikan yang terbaik kepadanya. Siti juga akan memberikan pendidikan agama yang sempurna kepada anak-anak Siti nanti,” kata penyanyi itu.
Dikhabarkan penyanyi ini bakal berehat selama enam bulan dari sebarang aktiviti seni atas saranan doktor, seandainya mahu menimang cahaya mata.
Bagaimanapun, penyanyi itu menafikan hal berkenaan. Katanya, dia mengambil keputusan untuk berehat dari aktiviti seni kerana ingin memberi tumpuan kepada ‘buah hati’ terbarunya iaitu produk kecantikan dan kesihatan miliknya yang baru berada di pasaran sebulan yang lalu.
Oleh kerana baru berada di pasaran, Siti berkata produknya itu memerlukan perhatian yang rapi. Malah sepanjang tahun ini dia terlalu sibuk dengan siri jelajah promosi yang setakat ini sudah pun menjengah Kuantan, Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur. Selepas ini, Siti akan menemui peminat di Johor Bahru, Melaka, Sabah serta Sarawak.
Sebulan berada di pasaran menunjukkan perkembangan yang cukup baik, setakat ini ujar Siti, pembayang mata dan pemerah bibir yang menggunakan judul lagunya paling mendapat sambutan baik.
Penyanyi yang memiliki wawasan tinggi itu berkata, usahanya tidak akan berhenti setakat ini saja. Sebaliknya, pelbagai lagi perancangan akan diatur bagi mengembangkan lagi perniagaannya dalam bidang kecantikan.
“Kami akan sentiasa memperbaharui produk SimplySiti dari masa ke semasa. Malahan Siti bersama rakan kongsi sudah mempunyai perancangan lain, tahun demi tahun kami akan perkenalkan sesuatu yang baru.
“Mungkin selepas ini siapa tahu kami memperkenalkan pula losyen tangan dan badan. Bagaimanapun kami tidak mahu terburu, kami mahu mengembangkan produk yang ada secara perlahan-lahan dulu,” katanya.
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Sumber dipetik dari : http://www.bharian.com.my/