My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Tiada sejarah sakit mental


ZAHARAH (kiri) dan Siti Mariam berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi, Seremban 2 selepas memberi keterangan pada perbicaraan Rasidi semalam.


SEREMBAN - Zaharah Atan, ibu kepada Rasidi Ismail yang sedang menghadapi tuduhan membunuh empat ahli keluarganya, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa tiada ahli keluarganya mempunyai masalah sakit jiwa.

Zaharah, 59, saksi keempat kes itu yang dipanggil semula untuk memberikan keterangan ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin dalam perbicaraan semalam berkata, dia dan suaminya juga tidak mempunyai masalah sakit jiwa. Katanya, tertuduh Rasidi, 32, pula membesar dalam persekitaran keluarga yang aman.

Beliau memberitahu, sebelum kejadian Rasidi juga tidak pernah mengatakan bahawa dia pernah mendengar apa-apa bisikan suara atau melihat tulisan di dinding.

"Rasidi seorang yang baik dan dia tiada masalah dengan keluarga dan jiran-jiran. Dia juga berjaya menamatkan pelajarannya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor.

"Dia juga tidak pernah mempunyai masalah ketika di sekolah menengah," katanya.

Pemilik premis tanggal logo halal


PENGUAT kuasa memeriksa ayam yang telah disembelih di sebuah premis semasa operasi di medan selera pusat beli-belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Melihat pemeriksaan mengejut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap sebuah premis makanan di sebuah medan selera di pusat beli-belah Pavillion di sini, beberapa pengusaha premis makanan lain bergegas menanggalkan logo dan sijil halal bukan diiktiraf jabatan itu dari dinding premis mereka.

Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, tindakan itu dipercayai untuk mengelak premis mereka diambil tindakan kerana menggunakan logo dan sijil halal yang bukan dikeluarkan Jakim.

"Apa yang menimbulkan tanda tanya ialah semasa tinjauan awal, kami mendapati ada logo halal yang dipamerkan. Tetapi ketika pemeriksaan berikutnya, logo berkenaan sudah tidak lagi dipamerkan," katanya selepas memeriksa premis-premis di medan selera berkenaan.

Pemeriksaan yang disertai tiga pegawai Jakim, tiga pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan lima anggota Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu dilakukan setelah Jakim menerima aduan orang ramai berkaitan penyalahgunaan sijil halal di premis berkenaan.

Mat ponteng puasa

Kedai jadi sarang kaki ponteng puasa



DUA lelaki berjalan masuk ke sebuah kedai di Pokok Machang yang dikesan menjual makanan kepada orang Islam pada waktu siang di Tasek Gelugor, Pulau Pinang semalam.

TASEK GELUGOR – Jam baru menunjukkan pukul 11.30 tengah hari, tetapi sebuah kedai makan di Pokok Machang dekat sini penuh dengan pelanggan yang mahu menjamu selera.

Namun yang menghairankan rata-rata pengunjung di kedai tersebut adalah lelaki dewasa beragama Islam termasuk pelajar sekolah menengah.

Siasatan Kosmo!, mendapati geng kaki ponteng puasa kerap singgah di kedai berkenaan untuk mendapatkan makanan yang dibungkus dengan plastik hitam.

Selain itu, ada juga kalangan mereka yang dengan selamba memesan makanan dari luar tingkap kedai tanpa rasa malu.

Menurut seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Din, 30, kedai berkenaan telah menjadi tumpuan kaki ponteng puasa di bulan Ramadan sejak lebih 10 tahun lalu.

“Memang sudah lama kedai itu menjual makanan kepada kaki ponteng puasa, malah sejak zaman saya masih bersekolah lagi,” katanya.

Dakwanya, kebanyakan pelanggan yang membeli makanan di kedai tersebut turut menjadikan kawasan ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira 100 meter dari situ sebagai tempat menjamu selera.


@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts