My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Facebook ditutup dua jam setengah di AS dan Eropah

BERLIN - Laman rangkaian sosial popular, Facebook kembali beroperasi semalam selepas mengalami masalah selama dua setengah jam pada lewat kelmarin.
"Ia merupakan kejadian terburuk yang kami alami dalam tempoh empat tahun," kata seorang pengaturcara syarikat itu, Robert Johnson dalam blognya.
Seorang jurucakap Facebook bagaimanapun mengesahkan bahawa laman itu sudah beroperasi semula.
Pihak pengurusan Facebook memberitahu penutupan laman itu adalah disebabkan oleh kesilapan teknikal yang berlaku dalam satu sistem automatiknya.
Kesilapan teknikal itu memutuskan perkhimatan Facebook di Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Amerika Selatan.
Sistem automatik itu dipertanggungjawabkan untuk mengesahkan nilai-nilai konfigurasi dan menggantikan data tidak sah dengan informasi yang telah dikemaskini.
Menceritakan kenapa laman itu ditutup Johnson berkata: "Kami perlu menyekat semua trafik ke kluster pangkalan data ini. Dengan erti kata lain, menutup laman ini.
"Sebaik sahaja pangkalan data telah pulih dan punca masalah diselesaikan, kami mula membenarkan pengguna menggunakan laman Facebook secara perlahan-lahan." - Dpa

Dipetik dari: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0925&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

J.Lo larang dudanya sertai American Idol


ojani noa


NEW YORK - Pelakon dan penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Jennifer Lopez melarang bekas suaminya, Ojani Noa daripada menyertai program pertandingan nyanyian realiti popular, American Idol musim ke-10, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang diumumkan kelmarin sebagai hakim baru rancangan itu bersama vokalis kumpulan Aerosmith, Steven Tyler turut mengarahkan stesen televisyen Fox memastikan Noa, 36, gagal mendaftar untuk menyertai uji bakat diadakan.
Sumber memberitahu laman web RadarOnline.com., Lopez, 41, yang popular dengan panggilan J.Lo menyediakan segala maklumat mengenai Noa termasuk foto, butiran peribadi terperinci dan lagu-lagu pernah dirakamkan.
"Stesen televisyen Fox dilaporkan akan segera menahan Noa jika dia muncul bagi menghalang lelaki itu datang. Tiada sesiapa tahu kenapa J.Lo begitu takut dengan bekas suaminya itu," kata sumber yang mengakui Noa memiliki bakat seni suara yang baik.
Pasangan tersebut berkahwin pada Februari 1997 sebelum bercerai pada Januari 1998 dan Lopez pernah cuba menghalang dudanya, seorang chef pendatang dari Cuba itu, menerbitkan filem mengisahkan kehidupan mereka. - Agensi

Dipetik dari: http://kosmo.com.my/

Lagi!!! Bayi tiga bulan mati tercekik susu



MOHD. FAIRUZ (tengah) dan Haney Usmiza menunjukkan gambar Farisha kepada Muhd. Khairun (kanan) di rumah mereka di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia akibat tercekik susu semasa berada di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di sini Selasa lalu.
Bayi tersebut, Farisha Nur Hazreen Mohd. Fairuz dikatakan diberi susu oleh seorang pengasuh dan kemudian dibiarkan bersendirian sementara pengasuhnya memasak di dapur.
Bapa bayi berkenaan, Mohd. Fairuz Mohamad Stap, 31, berkata, pada hari itu, isterinya Haney Usmiza Abdul Hamid, 30, seperti biasa menghantar bayi mereka kepada pengasuh pada pukul 8 pagi sebelum pergi bekerja.
"Bagaimanapun, kira-kira pukul 10.30 pagi, isteri saya menerima panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan anak kami tidak sedarkan diri.
"Isteri saya bergegas ke rumah pengasuh tetapi dimaklumkan oleh jiran pengasuh itu bahawa bayi saya sudah dibawa ke Hospital Putrajaya dan kemudian dia disahkan meninggal dunia," katanya di rumahnya di Blok 8A1, Fasa 8, Presint 9 di sini semalam.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my/

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts