My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Elaun untuk Tuanku Ismail disokong


TUANKU ISMAIL


KOTA BHARU - Kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan menyokong pindaan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kelantan berhubung isu Tuanku Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra yang akan dibuat pada persidangan khas 27 September ini.

Ketua Pembangkang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, pindaan tersebut mesti disokong kerana ia melibatkan kebajikan bekas Sultan Kelantan itu.

"Apa tidaknya, kita tetap menyokong persidangan berkait isu Sultan Kelantan kerana ia adalah raja kita," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka di kediamannya di Padang Upih, Ketereh dekat sini semalam.

Akhbar pentingkan KEUNTUNGAN!

Tapis dahulu sebelum disiar dalam akhbar - PPIM




KUALA LUMPUR – Persatuan pengguna menyifatkan iklan khidmat seks yang berselindung di sebalik nama ‘rumah urut’, ‘urutan tradisional’ dan sebagainya seperti yang disiarkan dalam sesetengah akhbar sebagai tanggungjawab syarikat akhbar yang menyiarkannya.

Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman (gambar) yang mahu tindakan diambil terhadap pihak akhbar yang menyiarkan iklan tersebut.

Katanya, pihak akhbar sepatutnya menyemak dan memastikan profil pengiklan terlebih dahulu sama ada iklan perniagaan itu sah dari segi undang-undang atau sebaliknya.

“Ini adalah salah satu polisi sosial media cetak dan pihak akhbar tidak harus hanya mementingkan aspek keuntungan semata-mata. Janganlah asal dapat iklan terus dicetak tanpa usul periksa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak-pihak berkuasa seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak-pihak lain mengambil tindakan terhadap akhbar-akhbar terbabit.

Model sukar dapat jodoh?


RAMAI lelaki yang tidak memahami kerjaya seorang model. - Gambar hiasan


JOHOR BAHRU – Wajah cantik dan potongan badan yang menarik terbukti bukan segala-galanya bagi seorang model kerana ia belum tentu menjadi ‘tiket’ untuk menjamin kebahagiaan kepada mereka.

Malah, percaya atau tidak, ramai di kalangan model tempatan yang ditemui Kosmo! mengakui sukar untuk mempertahankan hubungan dengan kekasih masing-masing.

Faktor utama kegagalan itu ialah kesibukan kerjaya selain faktor cemburu pasangan masing-masing.

Bagi seorang model, Adrazalina Abd. Ghani, 26, dia telah beberapa kali gagal dalam percintaan sejak menceburkan diri dalam dunia model lima tahun lalu.

Adzarina yang sehingga kini masih solo berkata, kebanyakan bekas kekasihnya sukar menerima hakikat bahawa dirinya seorang model.

Malah mereka sering rasa tidak selamat kononnya model sering mendapat perhatian lelaki lain.

“Kerjaya saya sering menuntut saya menyertai mana-mana pertunjukan fesyen di seluruh negara sehingga menyebabkan ramai bekas teman lelaki sukar menaruh kepercayaan kepada saya,” katanya ketika ditemui pada pertunjukan fesyen di Plaza Pelangi di sini.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts