My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Kontroversi satu tekanan




TAHUN lalu, nama Nora Danish kerap kali muncul di dada-dada akhbar dengan paparan berita yang agak panas dan kontroversi. Malah, pada tahun sebelumnya (2008) juga, kisah penceraian Nora turut menjadi kisah sensasi umum.

Namun, tidak lagi bagi tahun ini, pelakon yang mula terkenal dengan drama Puteri itu enggan menerima sebarang kontroversi yang membabitkan namanya.

Bagaimanapun, jika ia muncul tanpa dipinta, Nora ingin mengambil jalan selamat dengan mendiamkan diri agar kisahnya itu terbiar dan hilang dengan begitu sahaja.

Kerana itu, isu mengenai mesej berbalas yang agak kasar melalui laman sosial Twitter antaranya dan Fasha Sandha baru-baru ini, Nora enggan memberi komen panjang.

Bertemu ibu tunggal ini di majlis pertunjukan fesyen rambut Hair Kunst di The Curve, Sabtu lalu, Nora yang kelihatan semakin comel dan berisi sedikit kini mempunyai pendirian baru.

"Bila gosip yang tidak berfaedah muncul, lebih baik saya berdiam diri dan tidak memberi sebarang komen. Melainkan kontroversi itu boleh menjatuhkan nama kita.

"Hal-hal yang remeh boleh menjadi-jadi jika membuat kenyataan berbalas. Rasanya, cara begini lebih bagus untuk mengurangkan kontroversi yang sedikit sebanyak boleh mengganggu kerjaya kita.

"Kalau boleh, saya tidak mahu ada sebarang kontroversi dan seboleh-bolehnya saya cuba elakkan cerita-cerita lama diperkatakan semula," tegasnya berterus terang.

Kisah peribadi

Tambah wanita berusia 28 tahun ini, pengalaman kontroversi lalu sudah cukup perit untuknya, tambah pula bila kisah peribadi cuba dibongkarkan.


NORA DANISH kini berkongsi kebahagiaan bersama Rayqal.


Tahu bahawa ada sesetengah kontroversi yang boleh menaikkan seseorang selebriti, Nora tidak mahu namanya berada di puncak kerana jajaan kisah peribadinya.

"Kontroversi adalah satu tekanan malah ia boleh membuatkan kita merasa kecewa. Saya pernah lalui saat yang sukar dan pada masa yang sama perlu sabar untuk meneruskan hidup dan kerjaya saya. Malah, saya perlu kuat untuk mengharungi setiap dugaan yang berlaku apalagi bila kontroversi saya pada waktu itu bersambung-sambung.

"Mujurlah, keluarga banyak membantu saya kerana apa-apa sahaja masalah yang dihadapi, saya akan kongsi dan berbincang dengan mereka," ujarnya.

Memiliki seorang anak bernama Putera Rayqal Ramli, yang baru berusia setahun empat bulan, gelak tawanya pasti menjadi penawar duka buat Nora. Biarpun masih kecil dan tidak faham dengan masalah yang dihadapi, Nora menganggap Rayqal menjadi tempat untuk mencurah perasaan dan meluahkan segala isi hati yang terpendam.

Membuka topik mengenai perihal Rayqal, Nora begitu bersemangat untuk bercerita mengenai anaknya itu.


BAHAGIA melihat anak membesar di depan mata.


Apalagi bila Nora berkongsi kegembiraan tentang sebutan ayat pertama Rayqal yang sudah boleh memanggil Nora dengan panggilan mummy.

"Dulu dia nampak chubby. Sekarang dia dah kurus dan tinggi.

"Apa yang menggembirakan saya lagi, baru dua hingga tiga hari lepas, dia dah pandai panggil saya mummy. Waktu itu, perasaan saya jadi terharu dan gembira malah, semakin merinduinya.

"Dialah penawar duka saya. Ada masalah macam mana sekalipun, bila melihat keletahnya, terus hilang masalah itu," ujarnya tersenyum.

Tambahnya, bila terlalu rindu, sekali-sekala, Nora turut membawa Rayqal ke lokasi penggambaran.

Bertanyakan mengenai teman hidup yang mungkin sudah pun bertakhta dihatinya, Nora mengakui dirinya masih lagi solo dan menantikan seseorang yang istimewa untuk dijadikan sebagai suami dan ayah pada Rayqal.

"Saya akui inginkan pasangan hidup tetapi saya tidak mencari. Malah saya tidak mahu keseorangan dan ingin mendirikan rumah tangga semula walaupun pernah gagal dalam perkahwinan pertama.

"Tambah pula, Rayqal inginkan kasih sayang daripada seorang ayah. Saya pun tak tetapkan umur bila saya perlu menamatkan zaman solo tetapi kalau tuhan ingin percepatkan jodoh, saya terima.

"Mungkin orang anggap, pengalaman lalu membuatkan saya trauma untuk berkahwin. Tidak sama sekali. Saya mahu menjadi contoh buat ibu-ibu tunggal di luar sana untuk meneruskan hidup walau pahit mana perkahwinan lama sekalipun," tegasnya yang baru bakal muncul dengan dua filem iaitu jangan Pandang Belakang Congkak 2 dan Cuti-Cuti Cinta.

Arjuna

Sepanjang lima tahun bergelar pelakon, tahun ini adalah tahun yang sangat sibuk buat Nora dengan jadual penggambaran yang padat.

Bersyukur dengan rezeki yang dimiliki, Nora menganggap, setiap kerja hasil titik peluhnya adalah untuk anak kesayangannya.

Juga semakin kukuh dalam bidang lakonan, Nora inginkan suatu kelainan dalam sudut lakonannya.

Kali ini, Nora ingin cuba dalam lakonan teater pula untuk mengasah lagi bakatnya.

"Inilah masa yang paling sesuai untuk saya mencabar bakat saya dalam lakonan teater. Selain itu, saya juga ingin watak baik kerana untuk pengetahuan semua watak baik adalah watak yang agak sukar, berbeza dengan watak jahat yang mudah mengeluarkan ekspresi marah.


MENGAKUI diri masih bersendirian dalam menanti lelaki istimewa yang bakal bergelar suami.


"Selain itu saya mahukan watak-watak berunsur aksi. Setakat ini, saya pernah berlakon watak aksi dalam drama Pendekar Lima dan kini, saya baru sahaja selesai penggambaran drama Arjuna," katanya.

Bercerita mengenai Arjuna, Nora mempunyai pengalaman yang sedikit menakutkan ketika menjalani drama terbitan KRU Motion Pictures itu.

Latihan silat selama dua bulan juga memberikan banyak pengajaran yang tidak pernah dilalui sebelum ini.

"Saya rasa Arjuna antara drama yang paling mencabar yang pernah dilakukan. Badan saya jadi lebam-lebam sepanjang penggambaran diadakan dan lokasinya hanyalah di hutan iaitu di Kemensah, Pulau Indah, Hulu Langat, Hulu Yam dan Lembah Pangsun.

"Kami terpaksa meredah hutan dan naik turun bukit. Bagaimanapun ketika berjalan menuju ke lokasi, kami terjumpa sebuah kawasan air terjun yang sangat jernih, cantik sangat.

"Ketika berjalan, salah seorang pelakon Arjuna, Ery Putra berkata, ada 'benda' yang lalu. Tiba-tiba saya dah rasa lain macam. Saya terasa sejuk bermula dari kaki sehingga ke badan dan hati mula berdebar-debar.

"Air mata saya keluar berjurai-jurai. Waktu itu saya dan teman sekeliling membaca surah-surah pendek dan perasaan pelik itu hilang sedikit demi sedikit. Rupanya saya hampir dirasuk. Inilah pengalaman pertama saya berkaitan insiden seperti ini, tuturnya yang membawa watak Cempaka dalam drama Arjuna tersebut.


Oleh FERIDE HIKMET ATAK
feride.hikmet@kosmo.com.my

Sumber dari: http://kosmo.com.my

Gillian beli apartmen mewah


GILLIAN CHUNG


GILLIAN CHUNG sangat bijak dalam menambah aset. Aktres jelita itu baru-baru ini dilaporkan membeli sebuah apartmen mewah yang menghadap keindahan laut di Hong Kong.

Aktres jelita itu membeli apartmen tersebut daripada presiden syarikat konglemerat media, Albert Yung.

"Selepas mendapat diskaun, Gillian membeli apartmen mewah itu dengan harga HK$27 juta (RM11 juta)," ujar sumber.

Pada hari dia menandatangani kontrak pembelian apartmen tersebut baru-baru ini, segerombolan wartawan telah menyerbunya.

Namun, Gillian tidak pula mengelak daripada melayani wartawan tersebut dengan persoalan mengenai hartanah yang baru dimilikinya itu.

Menjawab soalan adakah dia membeli apartmen itu dengan harga RM11 juta, Gillian sekadar berkata: "Saya tak tahu banyak mana harganya, saya tidak pandai sangat apabila berdepan dengan nombor."

Farra, Aishah raikan Hari Ibu


AISHAH


AISHAH, Kopratasa, Heliza dan Ana Raffali bakal bersama Kosmo! bagi meraikan Hari Ibu menerusi suatu majlis yang bakal berlangsung pada Sabtu, 22 Mei ini di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Biarpun Hari Ibu telah pun disambut pada 9 Mei lalu, namun Kosmo! memanfaatkan bulan Mei ini untuk berterusan meraikan kaum ibu menerusi satu majlis minum petang istimewa.

Acara yang meraih kerjasama syarikat Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn. Bhd. dan bakal berlangsung dari pukul 2 hingga 5 petang itu turut menampilkan figura yang pernah popular dengan lagu Bagaikan Puteri, Farra.

Farra yang kini bertudung bagaimanapun tidak akan membuat persembahan, tetapi muncul sebagai hos majlis. Menariknya Farra, Heliza, dan Ana Raffali bakal membawa ibu masing-masing ke majlis tersebut.


ANA RAFFALI


Kopratasa, Heliza, Ana dan Aishah masing-masing pula bakal mengalunkan dua buah lagu bagi menghiburkan para tetamu yang hadir pada majlis itu nanti.

Kepada pembaca Kosmo! yang ingin menyertai majlis tersebut, anda masih berpeluang menyertai Peraduan Hari Ibu Kosmo! dengan mendapatkan borang penyertaan di ruangan rencana Kosmo!2 yang dibuka sehingga Jumaat, 14 Mei ini.



Sumber Dari : http://kosmo.com.my

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts