GILLIAN CHUNG sangat bijak dalam menambah aset. Aktres jelita itu baru-baru ini dilaporkan membeli sebuah apartmen mewah yang menghadap keindahan laut di Hong Kong.
Aktres jelita itu membeli apartmen tersebut daripada presiden syarikat konglemerat media, Albert Yung.
"Selepas mendapat diskaun, Gillian membeli apartmen mewah itu dengan harga HK$27 juta (RM11 juta)," ujar sumber.
Pada hari dia menandatangani kontrak pembelian apartmen tersebut baru-baru ini, segerombolan wartawan telah menyerbunya.
Namun, Gillian tidak pula mengelak daripada melayani wartawan tersebut dengan persoalan mengenai hartanah yang baru dimilikinya itu.
Menjawab soalan adakah dia membeli apartmen itu dengan harga RM11 juta, Gillian sekadar berkata: "Saya tak tahu banyak mana harganya, saya tidak pandai sangat apabila berdepan dengan nombor."