KUALA LUMPUR: Kemelut membabitkan penggunaan Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) bakal berakhir selepas semua 51 pengusaha bas ekspres laluan selatan diberikan tempoh sehingga 15 Januari ini untuk memindahkan operasi mereka dari Bukit Jalil ke hab pengangkutan awam itu.
Pengusaha membabitkan 1,907 bas ekspres itu juga diberikan tempoh sehingga 14 Januari meminda syarat lesen masing-masing dengan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk beroperasi dari TBS-BTS tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Pengerusi LPKP, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata hanya bas ekspres bagi laluan utara dibenarkan terus beroperasi dari Hentian Bas Sementara Bukit Jalil, manakala pengusaha bas ekspres yang gagal berpindah dalam tempoh itu dikenakan tindakan tegas, termasuk dibatalkan permit.
“Pengusaha bas ekspres setuju untuk berpindah dari Bukit Jalil selewat-lewatnya pada 15 Januari. Tempoh itu bagi membolehkan pengusaha bas ekspres mengurus perpindahan dan memaklumkan kepada penumpang mereka (mengenai perpindahan operasi),” katanya kepada pemberita di TBS-BTS, semalam.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat dengan wakil 53 pengusaha bas ekspres, pengurusan TBS-BTS, iaitu Maju Terminal Management and Services (Maju TMAS) dan pihak berkaitan ekoran laporan akhbar ini Sabtu lalu mengenai majoriti pengusaha bas ekspres enggan berpindah ke terminal baru itu kerana tidak berpuas hati dengan caj dikenakan Maju TMAS.
Mesyuarat turut dihadiri wakil enam pengusaha bas ekspres, masing-masing tiga pengusaha bas ekspres laluan utara dan tiga pengusaha bas ekspres dari KL Sentral bagi laluan ke KLIA dan LCCT, yang mahu beroperasi dari TBS-BTS membabitkan 94 bas ekspres menjadikan keseluruhan bas ekspres yang akan beroperasi ialah 2,001 bas.
Terminal yang mula dibina pada 2008 membabitkan kos RM570 juta itu mempunyai 55 platform bas, 55 ruang bagi teksi perjalanan jauh, 1,000 ruang letak kereta dan 1,800 tempat duduk dalam terminal berhawa dingin itu yang mampu menampung sehingga 40,000 pengguna sehari.
Bagi mengatasi masalah caj pengurusan dan hal berbangkit lain, Halimah berkata, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Maju TMAS, Persatuan Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA), Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA), Kesatuan Bas Ekspres Semenanjung Malaysia dan Konsortium Transnasional Bhd (KTB) akan berbincang dalam dua mesyuarat berasingan di Menara Usahawan di Putrajaya hari ini.
Majoriti pengusaha bas ekspres dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan Maju TMAS yang menetapkan caj pengurusan bas ekspres, iaitu RM20 bagi sebuah bas ekspres yang disifatkan terlalu tinggi berbanding RM10 yang dikenakan bagi setiap bas ketika mereka beroperasi di Hentian Bas Puduraya yang kini dinaikkan taraf.
Mereka juga menyifatkan cadangan pihak pengurusan terminal untuk mengambil alih sistem penjualan tiket bas ekspres dengan memperkenalkan ‘e-tiket’ dan mengenakan caj RM1 bagi setiap penumpang sebagai tidak praktikal.
Sebelum ini, pengusaha bas ekspres membayar sewa RM1,000 bagi setiap kaunter tiket disewa di Puduraya untuk menjual tiket bas ekspres milik mereka.
Jom Layan link-link dibawah nie..
@@ Followers @ @
Pembaca Berita PANAS!
Popular Posts
-
Aksi Nabil dan Uqasha yang dinafikan Nabil... Adakah superimposed?? Kalo ianya superimposed kenapa terkejut beruk ketika ditanya wartawan?? ...
-
KUALA LUMPUR: Pertanyaan ringkas ‘Bos! mau Amoi...murah RM200 sahaja’ adalah antara ayat pelaris digunakan sekumpulan ‘bapa ayam’ yang gia...
-
foto diambil dari blog : click sini KOTA KINABALU: Selepas heboh dengan aksi video kelakuan tidak bermoral pelajar sekolah, kini ma...
-
MARI saya jawab terus pertanyaan "Siapa gadis manis bertudung ini?". Dia ialah bunga yang sedang berkembang dan nama penuhnya Ok...
-
Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?......
-
AKTIVITI SAMBILAN... membuat persediaan melayan pelanggan di rumah. KUALA LUMPUR: Sekali imbas, sebuah rumah di Ampang, dekat sini, kel...
-
Raid on US airbase in Jalalabad repulsed while bomb blast in Kunduz leaves civilians and policemen dead. Afghan National Army soldie...
-
KUALA LUMPUR: Pada mulanya dia hanya suka-suka mencari kenalan baru menerusi laman sembang ketika melayari Internet sambil mengulang ka...
-
KUALA LUMPUR: Di sebalik tubuh sasa dan tampan, tiada siapa menyangka seorang lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari pantai timur itu p...
-
baiknyer posing pokok berbentuk org nie...yg c tua tue dok usha aper laa.. Takut hilang selipar, di kuncinya dengan mangga Akan Datang...