My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Remaja 14 tahun cuba hafal 100 digit angka


DOMINIC BRIAN


BALI - Seorang remaja 14 tahun di Indonesia, Dominic Brian akan memecah rekod dunia miliknya dengan cuba menghafal 100 digit angka tanpa mengikut turutan dalam masa cuma satu minit, lapor sebuah akhbar semalam.


Pada 17 Ogos tahun lalu, remaja berkenaan mencatat namanya dalam buku Guinness World Records dengan menghafal 76 digit angka dalam masa seminit.

Diiringi oleh ibunya, Ny Debora, Brian akan melakukan percubaan untuk memecah rekod dunia tersebut dalam satu acara di bandar Palembang, esok.

Budak lelaki genius itu berasal dari Surabaya, Jawa Timur tetapi menetap di Pulau Bali bersama keluarganya.

Selain rekodnya sendiri, Brian juga akan memecahkan rekod dunia milik seorang warga India dikenali sebagai Niscal. - Agensi

Dipetik dari: KOSMO! Online

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts