MANTAN isteri Ahmad Dhani, Maia Estianty menolak untuk memberi sebarang komen tentang berita kehamilan penyanyi Mulan Jameela yang kebelakangan ini mulai beredar. Baginya persoalan itu sudah tidak ada lagi kaitan dengan kehidupannya.
“Saya tak ada apa nak komen. Kerana itu sudah bukan urusan saya dan saya tak perlu memberi sebarang komen. Ia juga bukan soal hidup saya lagi,” tegas Maia kepada media Indonesia yang sibuk mahu mendapatkan sebarang komen daripadanya mengenai gosip terbaru itu.
Penyanyi dan komposer tersebut juga mengaku dia tidak tahu kalau bekas rakan duonya yang pernah menimbulkan kontroversi kerana didakwa telah berkahwin dengan bekas suaminya, Dhani itu, sedang mengandungkan anak Dhani.
Maia bagaimanapun menambah: “Kalau berita kehamilan itu benar, semoga semuanya selamat. Kalau salah, ya sudah. Dan satu lagi, kalau berita itu benar atau tidak, kenapa tidak bertanya terus kepada tuannya sendiri?”
Dipetik dari: KOSMO! Online