My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Rampas! : Koleksi haiwan Raja Cicak dipisahkan

GEORGE TOWN – Kesemua 120 ekor haiwan milik penyeludup binatang liar, Anson Wong yang dirampas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kelmarin ditempatkan buat sementara di tiga lokasi berasingan di negara ini.
Pengarah Jabatan Perhilitan negeri, Jamalun Nasir Ibrahim ketika dihubungi memberitahu, tiga lokasi itu ialah tempat simpanan hidupan liar Paya Indah WetLands di Selangor, Sungkai di Perak dan di Zoo Melaka.
Menurutnya, haiwan tersebut yang terdiri daripada ular sawa, harimau benggala, kucing hutan, anak buaya serta pelbagai spesies unggas liar telah dihantar ke tiga lokasi berkenaan kira-kira pukul 7 malam kelmarin.
“Bagaimanapun, buat masa ini kami belum putuskan lagi lokasi tetap bagi haiwan tersebut,” katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts