My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Kecuaian Proton: GEN 2 & Satria Neo, kerosakan pada clock springs?

7,000 pemilik setuju hantar balik kereta

KUALA LUMPUR - Seramai 7,000 pemilik model Proton Gen.2 dan Satria Neo bersetuju menghantar kenderaan masing-masing untuk pemeriksaan komponen berikutan langkah pemanggilan semula kedua-dua model itu.
Pegawai Perhubungan Awam Proton Holdings Berhad (Proton), Widia Yana Abdul Rahman berkata, maklumat tersebut diperoleh melalui laman sesawangnya sejak pengumuman mengenai perkara itu dibuat Jumaat lalu.
"Kami mendapat maklum balas yang positif daripada para pemilik model tersebut.
"Bagaimanapun pemeriksaan itu melibatkan kerosakan pada clock springs sahaja dan bukannya keseluruhan kenderaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.
Kosmo! baru-baru ini menyiarkan langkah Proton memanggil semula kesemua model Gen 2 dan Neo yang dikeluarkan antara tahun 2004 dan 2008 ekoran kerosakan pada komponen clock springs.
Menurut Widia Yana, pihak Proton tidak meletakkan sebarang tempoh tarikh tamat bagi pemeriksaan percuma tersebut.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Proton i.Care di talian 1-300-880-888 dan laman webnya www.protonaftersales.com serta wakil jualan terdekat Proton.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my/

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts