My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

PKR wajar serakahkan Batu Sapi kepada PAS


DEWAN PEMUDA PAS SABAH mendesak agar kerusi Parlimen Batu Sapi di serahkan kepada PAS atas semangat setiakawan Pakatan Rakyat Sabah. PKR Sabah telah gagal mengemukakan calon pada pilihanraya ke-11 tahun 2004 dan ke-12 tahun 2008.

Pada Pilihanraya ke-12 tahun 2008, PAS Sabah telah mengadakan perundingan dalam pembahagian kerusi dan telah menuntut kerusi tersebut namun ditolak oleh PKR SABAH dan Pas Sabah mengalah atas semangat setiakawan.
Namun tindakan mereka yang tidak mengemukakan calon setelah tamat tempoh pencalonan menunjukkan bahawa mereka telah mengkhianati persefahaman telah dipersetujui bersama.
PKR telah meletakkan calon di 19 kerusi Parlimen, sedangkan PAS tidak meletakkan sebarang calon pada mana-mana kerusi Parlimen pada Pilihanraya lepas, maka Kerusi Parlimen Batu Sapi telah diletakkan menjadi keutamaan untuk Pas bertanding sebagaimana yang telah diputuskan dalam Bengkel Strategik Pilihanraya Pas Sabah di Sandakan pada awal tahun ini.
Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Tuan Haji Hamzah Abdullah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah adalah Pengasas PAS di Sabah di samping menjadi Pesuruhjaya PAS Sabah Pertama adalah anak jati kelahiran di Batu Sapi.
Beliau adalah tokoh pemimpin pas yang berkaliber yang banyak berkhidmat dengan masyarakat di sana. Mendapat pendidikan dalam perundangan di UK, di samping pernah memegang jawatan sebagai Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) bagi DUN Sekong.
PAS bersama masyarakat melalui Institusi seperti Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bagi tadika kanak-kanak yang terletak di bawah Dewan Pemuda Pas Sabah, telah lama bertapak di Batu Sapi. Antaranya PASTI di Taman Mawar yang telah mencecah 10 tahun. Kini telah empat buah PASTI berada di kawasan Parlimen tersebut.
(Nota: Lahirul merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah)


Dipetik dari:  http://www.sabahkini.net

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts