My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Ku Li jadi COOL LEE di DUN Galas

TENGKU Razaleigh memberi taklimat kepada sebahagian bekas tentera pada Majlis perjumpaan dengan bekas tentera di Pejabat UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati, semalam.
TENGKU Razaleigh memberi taklimat kepada sebahagian bekas tentera pada Majlis perjumpaan dengan bekas tentera di Pejabat UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati, semalam.
 
GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) sedia menebus semula maruah dan merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, dengan menggemblengkan tenaga jentera bagi menarik sokongan pengundi 4 November ini.
Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Galas, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata beliau akan berusaha bersama seluruh jentera untuk memastikan kemenangan itu sebagai bukti Gua Musang masih menjadi kubu kuat UMNO di Kelantan.

Katanya, pada pilihan raya umum lalu, PAS menang di kerusi terbabit hanya dengan majoriti 646 undi tetapi pilihan raya kecil kali ini
beliau berharap BN boleh merampas kembali dengan kemenangan lebih besar berikutan senario politik semakin berubah.

“Kita mengakui kekalahan pilihan raya umum lalu kerana tsunami politik tetapi tidak semestinya kita terus kekal dengan keadaan demikian kerana rakyat kembali yakin dengan perjuangan BN.

“Tengoklah jentera kita semakin bersemangat di samping banyak pihak turun membantu bagi menjamin BN mencapai kemenangan besar DUN Galas,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan Bekas Tentera kawasan DUN Galas di Bukit Chekati, di sini, petang semalam.
Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mat Yusoff Ab Ghani.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, hakikat sebenarnya UMNO masih kuat tetapi disebabkan keadaan politik dan sokongan rakyat berubah pada saat akhir menjelang mengundi, menyaksikan BN kecundang banyak kerusi.

Namun, beliau yakin sokongan rakyat yang kembali kepada BN boleh memberi kekuatan semula untuk merampas kerusi DUN Galas daripada PAS dan sekali gus mampu bagi kerajaan melaksanakan segala kemajuan.

Dipetik dari: http://www.bharian.com.my

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts