Jom Layan link-link dibawah nie..

Pancing undi: RM6.5 juta ceriakan penduduk


ORANG ramai bersalam dengan Najib (dua dari kanan) pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Lembah Pantai di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM6.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih dan mengecat semula blok-blok perumahan Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama di sini.
Beliau berkata, peruntukan khas berkenaan adalah berikutan terdapat sebahagian besar kawasan perumahan di taman itu yang kelihatan daif dan usang serta memerlukan penambahbaikan.
"Saya mendengar keluhan dan rintihan masyarakat di Taman Seri Sentosa, Taman Seri Pinang dan Taman Ria yang di mana kawasan ini adalah kawasan pemindahan banjir. Alhamdulillah, kawasan ini tidak banjir lagi.
"Cuma keadaan di sini boleh dikatakan agak comot. Justeru, kerajaan telah sediakan peruntukan untuk mengecat semula flat-flat ini seperti mana permohonan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin tadi yang memohon kepada saya supaya kerajaan meluluskan peruntukan khas mengecat dan membaik pulih di kawasan ini.
"Saya berharap dengan peruntukan RM6.5 juta ini, semua penduduk di sini akan hidup dalam keadaan yang selesa dan lebih baik," katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Lembah Pantai di sini semalam.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts