MINGGU ni, Marilyn tak nak bercerita hal yang sifatnya kurang manis. Iyalah, baru menulis semula ni, kenalah memulakan dengan berita menggembirakan.
Tak mahu lepaskan peluang, di sini Marilyn nak ucapkan tahniah kepada pelakon muda, Raja Farah Raja Aziz, 22, yang akan menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hatinya, Megat Andika, 25, bulan depan. Wah, dalam diam-diam, mereka tu sebenarnya dah mengikat tali pertunangan pada 9 Oktober lalu.
Sepatutnya, ia hanya majlis merisik. Tapi, terus dilangsungkan acara pertunangan selepas mendapat persetujuan daripada kedua belah pihak. Kelas! Marilyn tumpang gembira!
Lepas tu, dia dan Megat bakal melangsungkan acara pernikahan pada November ni, manakala sebelah malamnya pula diadakan majlis doa selamat dan kesyukuran. Resepsi pasangan tu pula dijadualkan berlangsung pada awal tahun depan disebabkan Farah sibuk dengan penggambaran drama bersiri, Kau dan Aku sehingga hujung tahun ni.
Teman sepejabat Marilyn yang menelefon Farah semalam sempat beritahu, pelakon yang membintangi filem Haq tu sedang menyiapkan diri untuk mempelajari tanggungjawab sebagai seorang isteri daripada ibunya, Farizah Abu Samah.
Jelas Farah: "Ibu banyak menasihatkan saya agar banyak bersabar menghadapi sebarang dugaan apabila sudah berumah tangga. Iyalah, saya masih muda kan? Takut nanti terlalu ikut perasaan pula."
"Setakat ini, persiapan berjalan lancar dan baik. Alhamdulillah, memang agak terkejar-kejar juga sebab dalam masa sama, saya tengah menjalani penggambaran Kau dan Aku musim kedua.
"Bayangkan, hari-hari terlibat dengan jadual penggambaran manakala tarikh pernikahan sudah tidak lama lagi. Sebarang resepsi persandingan, saya terpaksa tangguhkan dulu sebab terlalu sibuk dengan penggambaran sehingga Disember ini Insya-Allah, majlis persandingan ini akan direncanakan pada awal tahun depan."
Marilyn:Tahniah juga buat Nana AF dan suami, Brian atas kelahiran anak sulung mereka, Althea Raqeem Brian seberat 2.71 kilogram yang dilahirkan di Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya, pada pukul 11. 21 pagi semalam.
Dipetik dari: KOSMO Online