My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

KFC Holding buka 17 restoran di India



MUMBAI - KFC Holdings (Malaysia) Bhd. (KFCH) menjangka akan membuka sebanyak 17 restoran makanan segera KFC di India pada akhir tahun 2011, bermula dengan restoran di Mumbai dan Pune.

"Bandar raya utama Mumbai dan Pune adalah tempat pelancaran perniagaan yang menarik kerana ia menawarkan jumlah pelanggan yang besar dengan kumpulan pendapatan sederhana yang semakin meningkat," kata Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim pada majlis pelancaran restoran ketiga syarikat itu di sini semalam.

Beliau berkata, pada akhir tahun, syarikat itu akan mempunyai sembilan buah restoran yang beroperasi, dengan empat lagi restoran baru dan dua restoran sedia ada di Pune yang dibeli daripada Kernel Foods Pvt Ltd, francaisi KFC sedia ada di India.

"Pelaburan berjumlah lebih daripada AS$9 juta (RM28 juta) telah dibuat bagi sembilan restoran itu menjelang akhir tahun itu," katanya.

Pengembangan perniagaan ke India menandakan perniagaan pertama syarikat itu di luar Asia Tenggara.



Tambahan AS$10 (RM31 juta) juta juga akan diperlukan untuk membiayai pembinaan dan pembukaan baki restoran yang disasarkan tahun depan.

Dipetik dari: KOSMO Online!

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts