My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Kes 29 pelatih serenti 15 Okt.


SEBAHAGIAN daripada 29 pelatih Pusat Serenti Kampung Selamat diiring keluar dari Mahkamah Sesyen Butterworth semalam.


BUTTERWORTH - Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan 15 Oktober ini untuk perbicaraan 29 pelatih Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini yang merusuh pada 19 Jun tahun lalu.
Hakim Mohd. Zairan Aman menetapkan tarikh itu setelah dimaklumkan bahawa kesemua tertuduh baru melantik peguam Y. Anbananthan dan K. Paramanathan bagi mewakili mereka.
Penangguhan kes itu dibuat selepas Anbanathan memberikan alasan beliau dan Paramanathan memerlukan masa untuk mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan.
"Kami memohon penangguhan ke satu tarikh lain bagi membolehkan kami mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan termasuk keterangan setiap tertuduh yang dibuat mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah," katanya.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts