Jom Layan link-link dibawah nie..

Goddard kembali rampas emas


GODDARD meraikankejayaannya memenangi acara 200 meter kuak lentang lelaki pada Sukan Komanwel 2010 semalam.


NEW DELHI - Perenang England, James Goddard berjaya merampas kembali pingat emas acara 200 meter kuak lentang lelaki pada temasya Sukan Komanwel 2010 semalam.
Goddard mencatat masa terpantas pada peringkat saringan dan sekali lagi menunjukkan aksi cemerlang di pentas final apabila mencatat masa 1 minit 55.58 saat.
"Saya cukup gembira ketika ini. Saya sedar saingan pasti akan menjadi sengit khususnya pada peringkat saringan.
"Namun saya berpuas hati dan berbangga kerana dapat menampilkan prestasi terbaik hari ini (semalam)," kata Goddard.
Dia menewaskan perenang Australia, Ashley Delaney dan perenang remaja New Zealand, Gareth Kean apabila masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.
Kean yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-19 kelmarin, hampir berjaya meraih pingat perak sebelum Delaney memintasnya pada jarak 50 meter terakhir.
Untuk rekod, Goddard memenangi pingat emas 200m dalam acara yang sama pada temasya 2002 di Manchester sebelum dia tewas kepada perenang Scotland, Gregor Tait di Melbourne empat tahun lalu.
Sementara itu, perenang Australia, Alicia Coutts meraih pingat emas kedua peribadinya apabila menjuarai acara 100m gaya bebas wanita.
Coutts mencatat masa 54.09s bagi menewaskan rakan senegaranya, Emily Seebohm serta perenang England, Francesca Halsall yang meraih perak dan gangsa.
"Saya sangat gemuruh sebelum perlumbaan," kata Coutts.
"Saya tidak tahu bagaimana saya boleh mengembalikan tahap keyakinan diri tetapi kejayaan ini merupakan sesuatu yang cukup istimewa." - Agensi

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts